Pages

Thursday, February 24, 2011

Sekolah Cina tolak Utusan Malaysia

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

utusan mahathir malay losing power 240910Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Penunjuk perasaan nak tangkap Gaddafi


TRIPOLI, 24 Feb — Pihak berkuasa Libya menggesa penunjuk perasaan menyerahkan senjata sambil menawarkan mereka ganjaran jika memberi maklumat mengenai ketua-ketua demonstrasi sementara pembangkang pula merancang untuk membebaskan Tripoli dan “menangkap” Muammar Gaddafi.
Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan ke atas penunjuk perasaan antikerajaan dan pertempuran kini merebak ke Tripoli, ibu negara Libya, selepas tercetus di sebelah timur minggu lalu.....