Pages

Thursday, December 1, 2011

Wanita Umno Londeh Siapa Pemimpin Umno "Perut Besar"



Wanita pun boleh lobi projek, kata perwakilan Pulau Pinang




"Tengok lelaki yang jadi ketua bahagian,pakai kereta besar lepas itu buka cawangan Umno banyak-banyak. Akhirnya perut pun sama besar," katanya

KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu projek lembu yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, perwakilan Wanita  Pulau Pinang membangkitkan pula isu melobi projek oleh kaum hawa.
Menurut Ekafarlina Saparuddin, wanita juga perlu diberi ruang untuk melobi sebarang projek memandangkan mereka mempunyai keupayaan berbuat demikian.
Dengan nada sinis dan berjenaka Ekafarlina berkata selama ini aktiviti melobi projek dilakukan lelaki sedangkan wanita juga mampu melakukan dengan lebih baik.
“Projek-projek berkaitan untuk wanita melobi..kadang-kadang ia mempunyai hubung kait dengan kepakaran wanita.
“Wanita mampu melakukan apa sahaja dari segi melobi, memasak, mencuci. Sebagai contoh wanita dari awal jual pisang..sampai akhirnya akan jual pisang.
“Tengok lelaki yang jadi ketua bahagian,pakai kereta besar lepas itu buka cawangan Umno banyak-banyak. Akhirnya perut pun sama besar,” katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar ketua Wanita Umno sempena perhimpunan agung parti di PWTC.
Tuang air
Ucapan Ekarfarlina itu turut mencuit perhatian bukan sahaja para perwakilan wanita lain malah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kemudian bangun untuk menuangkan gelas berisi air kepadanya.
Menurut Ekarfarlina,selama ini kaum lelaki diberi peluang luas untuk mengaut keuntungan dalam  projek yang dijalankan, maka beliau mahu perkara sama diberi perhatian terhadap wanita.
Beliau turut mencadangkan agar wanita diberi ruang dan sokongan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kerana yakin mereka lebih bertanggungjawab.
“Saya yakin kerajaan mampu bagi peluang kepada wanita untuk meningkatkan  kemajuan kaum ini. Contoh bagi kontrak mencuci kepada GLC dan beri pula wanita dan secara tak langsung membantu 60 ibu tunggal.
“Ini kontrak semua beri pada lelaki.
Bila kontrak dapat pada GLC masih beri pada lelaki…
“Tak fikirkah kita bahawa bukan sedikit wanita hidup merempat? Maka saya cadangkan tolong tengokkan projek-projek dan kalau ada beri pada wanita dalam dewan ini,” katanya tegas.
FMT

No comments: