Pages

Thursday, December 15, 2011

(VIDEO) Pelik Dari Pemimpin PAS Yang Pelik


Isu calon: PAS pelik sekarang, bidas Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.

“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.

“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.
Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.

Nasharudin (gambar) turut mempersoalkan kenyataan pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen yang diimport dari luar kawasan.

Sebagai contoh katanya, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.
Beliau juga merupakan calon luar tanding di Kelantan.

“Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

“Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008,” katanya lagi.

Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.

“Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden,” katanya lagi.

Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.

“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.

“Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi.

Laporan- TMI

p/s   wajah wajah pemimpin Pas yang pelik akhirnya timbul jua untuk menjadikan kedudukan mereka didalam Pas bertambah pelik...barangkali agaknya sebab inilah Tuan Guru Mursyidul A'm Pas pernah menghalau depa ni supaya masuk Umno terus.

Jika depa pencen pun dari MP selepas PRU ke 13 nanti apalah nak dikisahkan sangat, pencen pun beribu bro sebulan.

hangpa tengoklah apa yang Hasan ali duk merepu tu..


No comments: