Pages

Thursday, December 22, 2011

SPRM : Mustafa Ali Ketuai Siasatan NFC



SPRM tubuh pasukan khas siasat NFC
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru berkaitan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan khas itu yang diketuai oleh pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, akan memberikan penumpuan kepada keseluruhan kes ini.

"SPRM ingin mengesahkan bahawa suruhanjaya ini telah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan.

"Suruhanjaya ini memandang serius semua aduan rasuah yang dibuat dan mengambil tindakan tegas without fear or favour," tegasnya.

Menurut SPRM lagi, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010.

Suruhanjaya itu berkata, sebahagian besar dari isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru ini telahpun diambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tambahnya, SPRM tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 29[4] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Semua pihak diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan tidak mempolitikkan isu ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga boleh menjejaskan tindakan SPRM," tambahnya.

Semalam, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution membuat laporan kepada SPRM supaya badan itu menyiasat penglibatan menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal NFC.

Saifuddin dilaporkan berkata, asas utama dakwaan beliau hari ini adalah "adakah pada ketika kerajaan luluskan pinjaman RM250 juta itu menteri terlibat dan hadir mesyuarat (kabinet)."

Katanya lagi, SPRM perlu menyiasat sama ada Shahrizat mengetahui mengenai pembabitan keluarganya dalam projek berkenan ketika mesyuarat jemaah menteri itu berlangsung.

Tambahnya, beliau tidak mahu SPRM memberi alasan sama seperti yang diberikan selepas satu laporan berkenaan dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah One Menerung daripada dana NFC.


Laporan- malaysiaKini


p/s  Apakah ini akan merangkumi semua aspek NFC ?


Rakyat terbanyak sedang mengikuti kes ini dengan persepsi yang telah melanda sprm.

No comments: