Pages

Thursday, December 15, 2011

Skandal NFC : Apa Tindakan Najib ??



Skandal NFC : Najib tidak berani ambil tindakan terhadap pemimpin Umno
PETALING JAYA 15 Dis : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berani mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan bertindak terhadap pegawai bawahan yang terlibat rasuah, tetapi membiarkan penyelwengan dana RM250 juta yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil
Ia juga katanya, termasuk kegagalan kerajaan mengambil tindakan berhubung kekayaan yang dikumpulkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud  secara haram sepertimana yang didakwa NGO antarabangsa baru-baru ini.
“Oleh itu kita perlu sedarkan rakyat kerana sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat. Ini adalah amat serius untuk masa depan anak-anak kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Kata ADUN Seri Setia itu, Datuk Seri Najib Razak hanya melaungkan retorik politik apabila kononnya hendak lebih telus dan membuat transformasi dalam pentadbiran Kerajaan samada dari segi ekonomi dan membanteras rasuah.
Nik Nazmi turut mengulas laporan Transparency International (TI), bahawa Negara berada di kedudukan yang rendah daripada purata global dalam kajian syarikat setempat yang memberi rasuah ketika menjalankan perniagaan di luar negara.
“Kalau kita lihat kejatuhan kita dalam korupsi indeks, yang mana score telah menurun semenjak 2008, sebalik retorik akan adakan transformasi dan sebagainya, kerajaan gagal dalam mengatasi masalah rasuah tegar,” katanya.
Justeru katanya rakyat perlu sedar dengan penyelewengan yang dilakukan kerana ia akan memberi kesan kepada generasi masa depan dan institusi keluarga.
“Sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat.  Ini adalah amat serius untuk masa depan anak kita,” katanya.
Oleh: Nabihah Hamid
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24417

No comments: