Pages

Monday, December 12, 2011

Hasan Ali Setia Jadi Pencacai "Kerajaang Perpaduang"



Hasan Ali rela digelar 'PENYELAMAT' Melayu

Bekas Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sanggup memikul tanggungjawab menyatukan orang Melayu seperti label "penyelamat" Melayu dan Islam yang diberikan akhbar Umno Utusan Malaysia minggu lalu.

Katanya, sekiranya beliau dianggap mampu berbuat demikian, beliau rela memikul amanah itu kerana perpaduan sentiasa menjadi misinya sejak berada dalam kerajaan dan sebagai pakar motivasi sehinggalah menjadi ahli politik.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor berkata demikian pada  sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya lagi tentang agenda perpaduan Umno dan PAS, beliau berkata, walaupun ada pihak menyalahkannya dan tidak melihat kesatuan itu, ia akan terus digiatkan pada masa depan.

Beliau juga berharap akan dinamakan untuk berkidmat di peringkat jawatankuasa lebih tinggi bagi membincangkan isu perpaduan nasional.

Katanya, jawatankuasa akan memberikan kesan terbaik jika dilakukan di peringkat pusat seperti Jabatan Perdana Menteri.

Hasan berkata, beliau telah menelan perbagai penawar setelah diuji dengan skala kecil dan percaya mampu membantu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

Laporan...malaysiaKini


Komentar Dari Kaki Gunung Jerai...
  
Agak menarik untuk melihat kerana kenyataan Hasan Ali sejak kebelakangan ini disalurkan melalui media Umno ( Utusan).


Ternyata agenda "perpaduang" tajaan Umno sejak tumbangnya mereka pada Mac 2008 masih digalas dengan setia oleh Hasan Ali.


Sudah jelas terang lagi bersuluh agenda Hasan Ali sebagai pencacai Umno/BN dalam Pas.


Minta maaflah ,malangnya Presiden Pas bukanlah sosok terbaik untuk menghalang agenda 'Duri" ini dari menikam tubuh badan parti Pas.


Ucapan sebenar Hasan Ali "Penyelamat Melayu" itu sendiri menyanggahi kenyataan Mursyidul A'm Pas semalam.( Pas bukan parti perkauman).


Dari Kaki Gunung Jerai meramalkan Hasan Ali akan menerima nasib seperti seorang bekas Timbalan Presiden Pas selepas ini. 

No comments: