Pages

Tuesday, December 20, 2011

Hasan Ali "Menggila" Lagi ???



Hasan: mana bukti saya masuk jerat Umno ?
Exco Selangor Hasan Ali hari ini mencabar setiausaha agung PAS agar mendedahkan sebarang bukti yang mengaitkannya dengan usaha melemahkan parti itu dan kini termasuk dalam "perangkap Umno."

Menyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong", bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata tokoh kanan PAS itu menggunakan kuasanya sebagai setiausaha agung untuk mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak tentu arah.

Dalam sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, Hasan juga menggesa PAS agar mengenakan tindakan disiplin terhadap ketua penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, yang mendedahkan beliau (Hasan) tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusinya, Gombak Setia.

Hasan turut menyifatkan pergeseran mutakhir sejak minggu lalu antara beliau dengan pemimpin parti itu berpunca daripada kenyataan Saari yang dipetik beberapa media - termasukMalaysiakini.


Komentar Dari Kaki Gunung Jerai


1. Kenapa Hasan Ali menggunakan media umno untuk menyerang pemimpin Pas.

2. Apa kaitan Hasan Ali dalam perjumpaan beliau dengan Blogger Umno ?

3. Dimana wala' Hasan Ali kepada Mustafa Ali selaku S.Agong Pas. Jika benar apa yang telah diterangkan oleh Mustafa Ali, kenapa Hasan tidak menghadiri mesyuarat AJK Pas Pusat untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan permasalahan lain ?

No comments: