Pages

Friday, December 9, 2011

Hasan Ali Akan Digugurkan Sebagai Calon PAS



Pencalonon untuk beliau juga tidak mencukupi


PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu
yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama.

Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.


Laporan...malaysiaKini

3 comments:

Anonymous said...

Aku da agak da...mcmane nk laksanakan hukum hudud bila org yg tegas terhadap undang2 Islam seperti Hasan Ali cuba dijatuhkan bagi menjaga hati pihak bersekutu mereka...kenapa nik aziz x pertahankan beliau yg tegas dalam undang2 Islam?da tentu2 la team pro anwar ibrahim da menopoli dalam jawatan tertinggi PAS...mcmcane nk ckp lg..tkt anwar kn...penyokong PAS perlu sedar..ape yg di perjuangkan Hasan Ali adalah betul...aku org PAS...ttp setia pada Hasan Ali....Pro Anwar jaga2 la kamu...kami akn bangkit...hidup Hasan ALi!!!!

DARI KAKI GUNUNG JERAI said...

Hassan Ali menjaringkan gol sendiri dengan sengaja

DARI KAKI GUNUNG JERAI said...
This comment has been removed by the author.