Pages

Friday, December 9, 2011

Guan Eng Selam Bersama KD Tun Razak, Kemana Perginya KD Tunku Abd Rahman ??



KM P Pinang berada 90 minit dalam Scorpene


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya, kembali ke lapangan terbang Langkawi dengan helikopter kira-kira jam 7 petang, selepas berada selama 90 minit di dalam kapal selam Scorpene di perairan pulau peranginan itu.

lim guan eng submarine ride 091211 return 02Selain timbalan ketua menteri Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy, tiga pemberita - seorang dari Bernama dan dua dari TV3 -  turut bersama Lim menaiki kapal selam itu.

Wartawan juga terkejut apabila mereka melihat blogger Zikri Mohammed, yang menulis di bawah nama 'Big Dog', tiba di lapangan terbang dengan helikopter bersama dengan Lim dan timbalannya.

Mereka disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setibanya di lapangan terbang Langkawi pada jam 6.55 petang.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 04Terdahulu, Ahmad Zahid memberitahu pemberita di lapangan terbang itu bahawa kapal selam KD Tun Razak menyelam sedalam 140 meter kira-kira 45 batu nautika di luar pantai Langkawi.

Selepas itu, katanya, beliau berharap mereka akan memberitahu yang benar tentang keadaan kapal selam tersebut.

"Hari ini saya terbuka dan saya harap isu ini tidak akan dimanipulasikan," katanya.

Zahid juga berkata keperluan untuk melindungi keselamatan negara, tidak harus dipersoalkan.

lim guan eng submarine ride 091211 return 03Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengalamannya, Lim tidak menyatakan sama ada beliau berpuas hati atau sebaliknya.
"Kami menghormati sumbangan tentera laut dan menghargai sumbangan mereka kepada keselamatan negara," katanya.

Lim ditanya beberapa kali sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi kapal selam tersebut dan apa yang akan diberitahunya kepada  pemimpin pembangkang yang lain.

Beliau hanya menjawab secara berseloroh, "Jangan tanya saya sekarang di depan Datuk Zahid, kemudianlah".

Lim berkata tiada siapa yang mempertikaikan keperluan bagi kapal selam mahupun sumbangan tentera laut demi keselamatan negara.

"Ini disokong oleh semua rakyat yang akan merasa bangga tentang sumbangan tentera laut.

"Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam," tegas beliau.

Laporan- malaysiaKini


p/s  Setelah 21 bulan barulah Zahid berani mempelawa Guan Eng mencuba kapal selam, isu sekarang bukan boleh menyelam atau tidak, tetapi kos membeli dan menyelenggara.

Satu lagi kemana perginya KD Tunku Abd Rahman.

2 comments:

Anonymous said...

Alaa awak ni sebetulnya org yg nak cari kebenaran atau hanya suka berpolitik bodoh? Kapal selam satu lagi takkan nak pamer juga. Mestilah tengah patrolling laut negara. Beli berbilion takkan nak buat pameran ja. Come on lah macam mana negara kita nak maju dengan kalau ramai org berfikiran mcm tuan. Takkan lah semua benda nak dipolitikkan. I sincerely advise to retract balik your own post note selepas laporan berat sebelah Malaysia Kini tu. It makes you look either stupid or just plain stupid. Please read other report feom other sorces as well. They quoted Guan Eng as agreeing that the those procurements are necessary and they can 100% dive

sukri said...

Sepertimana kata Lim Guan Eng, Zahid tidak dapat lagi menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lama dulu.

“Pada masa sama, rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing.

“Zahid juga tidak menjawab soalan-soalan mengenai kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau “komisyen” sebanyak RM534 juta.

“Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?”