Pages

Saturday, December 17, 2011

Amie Sofia Juara Program Solehah Dapat Sebuah Proton Saga



Menang kereta PROTON Saga, wang RM30,000

KUALA LUMPUR: Guru hafazan dan pendidikan Islam, Amie Sofia Ahmad, 25, diumumkan juara pertama program realiti, Solehah 2011 menewaskan sembilan peserta lain pada peringkat akhir pencarian itu yang disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam di sini, malam tadi.


Amie Sofia berkelulusan Dploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dan berasal dari Alor Setar, Kedah, menerima hadiah kereta PROTON Saga FLX SE tajaan PROTON Edar Sdn Bhd; wang tunai RM30,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, dengan hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi. Tempat ketiga menjadi milik Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, yang menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada semua pemenang.

Amie Sofia ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan kemenangan yang tidak diduga itu serta berharap dapat meneruskan cita-cita menjadi pensyarah.

Beliau yang bertugas di Institusi al-Quran Kuala Lumpur berkata, kemenangan itu dilihat sebagai landasan untuknya bergerak sebagai pendakwah.


“Saya melihat rancangan Solehah 2011 bukan sekadar pertandingan tetapi mendidik sahsiah wanita,” katanya.

Oleh Nur Hatina Shuib



No comments: