Pages

Thursday, September 22, 2011

Kementerian Pelajaran Larang Pelajar Pakai Tudung

Bishkek, 21 September 2011 - Puluhan umat Islam Kyrgyz telah berhimpun di hadapan Kementerian Pelajaran Kyrgyz untuk menuntut bahawa pemakaian tudung Islam dibenarkan di sekolah menengah, laporan Perkhidmatan Kyrgyz RFE/RL.

Menteri Pelajaran Kanat Sadykov kemudian mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil yang berhimpun di Bishkek, tetapi keputusan mesyuarat tidak akan didedahkan kepada umum.

Penganjur perhimpunan Duishon Abdyldaev, yang mengetuai kumpulan bukan kerajaan dan penduduk memberitahu kepada RFE/RL bahawa demonstrasi akan merebak ke bahagian-bahagian lain di negara pada 23 September 2011 jika anak-anak gadis yang memakai hijab/tudung terus dibuang atau disimpan daripada menghadiri kelas di sekolah menengah.

Pada 15 September 2011, Kanatbek Turdukojoev, seorang imam di kampung utara Orto-Oruktu, memfailkan tuntutan mahkamah terhadap sebuah sekolah menengah kerana tidak membenarkan anak perempuannya untuk memakai tudung kepala muslimah Islam.

Bishkek-NGO Mutakallim yang mempertahankan hak-hak wanita Islam Kyrgyz, mengadakan mesyuarat pada 13 September 2011 di mana NGO pemimpin Jamal Frontbek-Kyzy berkata pelajar perempuan yang memakai tudung kepala muslimah Islam telah di diskriminasi.

Frontbek-Kyzy berkata apabila tahun persekolahan bermula pada 1 September 2011 ramai wanita Islam sama ada terpaksa membuang tudung kepala mereka di sekolah atau dihantar pulang jika mereka enggan melakukannya.

Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dan Sains menegaskan bahawa walaupun tidak ada undang-undang mengharamkan tudung kepala Islam di sekolah-sekolah menengah, terdapat pakaian seragam sekolah yang ditubuhkan bagi pelajar-pelajar dan ia tidak termasuk tudung kepala. [rferl.org/arrayah.info/abuidris]

Sumber berita: http://www.rferl.org/content/kyrgyz_protesters

Thursday, September 15, 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Quran..!!!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. 



Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya. 

Saturday, September 10, 2011

KAJIAN AWAL JELAS MAT INDERA BUKAN KOMUNIS


Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis. 


Kajian tersebut latihan ilmiah untuk keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajukPeristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem. mat indera 060911Tujuan tulisan itu untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.Meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat langsung dengan peristiwa tersebut, termasuklah Nawi Idrus, ketua pengawal kampung (home guard) dan rakan-rakan Mat Indera (kiri) yang menyertainya masuk ke hutan. Kaedah wawancara ini paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka. Setakat kajian Pusat Penyelidikan PAS (PPP), mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera.Elit agamaDalam kajian tersebut, pengkaji menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:"Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya."NONESelain itu, Ayub juga pada muka surat 71 menyimpulkan Mat Indera seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis. Beliau menyatakan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis "seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas".Kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi dua orang gurunya iaitu Ibrahim Jubah dan Muhammad Yassin Muhammad (bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin).Kedua-dua guru Mat Indera ini dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu. Malah, menurut pengkaji lagi, pada mukasurat 30, Muhammad Yassin begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair.Ucapan 'subversif' Muhammad YassinDan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai ketua cucuk tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua. NONEFakta ini sekali gus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkanMemoir Abdullah CD (kiri, berkaca mata), bahawa Mat Indera menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi. Semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA), sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun. Kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah CD dalam memoirnya.Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah Komunis tetapi seorang nasionalis radikal. Pemberontakan bersenjataSebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 Tahun Merdeka, pada muka surat 357-358:"Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Darurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat nasionalisme yang meluap-luap?"pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Datuk Dol Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, Tok Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu.PPP melihat kenyataan Samad ini hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu (atas) dalam ceramahnya. sumber