Pages

Monday, July 25, 2011

Tayangan Video pihak Polis Tidak Benar - Mat Sabu.





KUALA LUMPUR 24 Julai - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertikai Video yang ditayangkan pihak polis kepada media sebelum ini jelas menunjukkan situasi yang berbeza daripada apa yang berlaku.
“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika sessi temubual bersama wartawan Harakahdaily.
Beliau dengan itu telah mengemukakan peguam bagi membawa isu tersebut di mahkamah dan bakal menyaman pihak polis kerana memfitnah beliau.
Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa beliau telah dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal semasa Perhimpunan BERSIH 2.0.
Beliau juga mendakwa terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.
Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pula telah membuat Sidang Media khas menerangkan beberapa isu yang dituduh pihak yang terlibat dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 termasuklah tayangan Video melalui CCTV ketika Mat Sabu sedang menunggang motosikal yang memperlihatkan beliau tidak dirempuh kereta polis.  KPS


No comments: