Pages

Saturday, July 23, 2011

Khairy Dah Berani Lawan Tokey !!!


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta agar Ahli Parlimen Sungai Siput dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (OD) supaya dilepaskan. Khairy yang menyifatkan penahanan tersebut sebagai satu ‘salah faham’ akan menyatakan pendapat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadikan beliau sebagai pemimpin BN yang pertama berbuat demikian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau merasakan bahawa pihak kerajaan bertindak atas maklumat yang salah.
  • “Saya telah banyak mendengar ucapan daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar di Parlimen. Semua ucapan tersebut adalah hujah-hujah bernas dan tidak subversif,” kata Khairy.
  • Jeyakumar dan lima lagi ahli PSM telah ditahan di Pulau Pinang tujuh hari sebelum Perhimpunan Bersih 2.0 dijalankan pada 9 Julai, mereka ketika itu bertindak mengedar risalah-risalah kepada orang ramai supaya menyokong kehendak kumpulan tersebut untuk mendapatkan pilihan raya yang telus.
  • Penangkapan ahli PSM adalah salah satu daripada tindakan kerajaan yang mendapat komen buruk di peringkat antarabangsa, termasuk dengan penahanan aktivis-aktivis Bersih di mana 1,600 orang telah ditahan pada 9 Julai. Walaupun hampir kesemua mereka telah dibebaskan, kumpulan ‘PSM 6′ masih lagi berada dalam penahanan.
Ordinan Darurat tersebut telah digubal pada tahun 1969 sebagai langkah sementara sebagai respon kepada tragedi 13 Mei, yang membernarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.
Sumber: Agensi

No comments: