Pages

Friday, July 29, 2011

10 Perkara yang Perlu Anda Ketahui Tentang Tenaga Nuklear



  1. Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)

  1. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.

  1. Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.

  1. Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.

  1. Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.

  1. Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.

  1. Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.


  1. Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya.

  1. Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat

  1. Para penentang dan pengkritik penggunaan tenaga nuklear pula sentiasa berhujah tentang isu-isu keselamatan loji nuklear, isu rawatan sisa bahan radioaktif dan juga kos pembinaan loji nuklear yang yang tinggi.  http://www.koat.com/slideshow/news/27200379/detail.html

SEBELUM KE PILIHANRAYA KITA KE JALAN RAYA



MIC GESA KDN BEBAS ENAM DITAHAN BAWAH ORDINAN DARURAT - minsider

Timbalan Presiden MIC S Subramaniam mahu Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk ahli Parlimen Sungai Siput di bawah Ordinan Darurat sejak awal bulan ini.

Subramaniam berkata, sehingga kini polis belum lagi menunjukkan bukti yang meyakinkan berhubung alasan menahan keenam-enam mereka kononnya mahu menggulingkan kerajaaan.

“Malah ada petanda-petanda mengelirukan bahawa mereka ditahan kerana pembabitan dalam Bersih.

“Bagaimanapun mereka ditahan lebih awal, dan kebanyakan mereka yang terlibat dalam (perhimpunan) Bersih tidak pula ditahan dan mereka yang ditahan juga sudah pun dibebaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu kata beliau, polis sewajarnya mengkaji balik penahanan mereka dan jika perlu hadapkan mereka di mahkmah.

Kata beliau tindakan pihak berkuasa itu telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia dan justeru, perkara tersebut perlu ditangani dengan baik.
Gesaan agar mereka dibebaskan telah diketengahkan oleh banyak pihak.


Thursday, July 28, 2011

TERSENTAK DENGAN ANGIN PRU 13, PERKASA KEMBALI MENGGILA



Pertubuhan Peribumi Pekosa sejak akhir - akhir ini kelihatan semakin tidak keruan dan menggila. Jika sebelum ini, panglima KATAK PASIR  Al Kataki menyalak dengan gah kononnya akan menggempur dan berdepan dengan peserta BERSIH pada tanggal 9 Julai yang lalu. Namun, akhirnya, kebodohan mereka terserlah apabila salakan yang lantang untuk " bersiar - siar " di Taman Tasik Titiwangsa pada 9 Julai lalu tak mampu dilaksanakan, mungkin sebab tak de duit kopi gamaknya, entah le.

Apapun, beberapa ketika kemudian, KATAK PASIR ni kembali menyalak bukit, dengan memberikan alasan kononnya trafic jam menjadi punca para katak - katak gila ini tidak dapat memasuki Kota Kuala Lumpur. Peserta BERSIH yang 100 000 lebih lepas je masuk, gila apa katak sesumpah ni. Nak tengok kuat tak kuat KATAK PASIR ni menyalak. 

Selama ini, lantang katak gila ni menghukum dan menghina PAS dan PAKATAN RAKYAT dengan cemuhan yang menggila. Tapi bila tersedar yang PRU 13 dah semakin dekat, mungkin lepas AGONG tak perkenan mengadap,baru perasan kot, puak- puak PERKOSA ni sedar yang Parti KETUAnan meLAYU , UMNgOk tak akan sama sekali menerima otai segala katak untuk dijadikan anjing taruhan mereka dalam PRU 13 kelak, maka makhluk suka menyalak bukit ni, pernah jugak di panggil DINASOUR mula la nak berbaik baik dengan PAS pulak nampak gaya nya.

Tapi puak juak katak gila ni pandai la jugak sikit - sikit, mungkin sama level dengan Bini Najib kot, maka hari ni, mereka pun dengan tak tahu malu dan tak ada keMALUan nya menyatakn yang mereka mencabar PAS untuk meletakkan lebih daripada 130 calon bagi kerusi Parlimen, bagi membolehkan Pas menguasai Parlimen, maka kata katak - katak gila ni, kalau PAS buat macam ni, maka Panglima Jihad KAtak PAsir akan mengarahkan katak - katak di bawah seliaan nya untuk menyokong PAS. Manis sungguh ayat puak - puak GILA ni,bak kata orang tua - tua, " KURANG AJAR NYA BERSOPAN SANTUN ". nak kata sokong, MALu,maka berkias kias la jalannya, ala - ala Panglima Jihad meLAYU tulen.

Cuba sama - sama kita teliti kekurang ajaran bersopan santun puak katak pasir ni. Tengok juga kat web PERKOSA ni.


Harapan katak Pasir ni, mungkin gamaknya dengan kenyataan " KURANG AJARNYA BERSOPAN SANTUN " ni akan melembutkan hati pimpinan PAS dan akhirnya, dapat la mereka bertanding lagi di kerusi Pasir Mas dalam PRU 13 nanti. Aku nak ingatkan katak - katak sesumpah sekali, TGNA dan saf kepimpinan PAS bukan bodoh, mereka bersandarkan hidup pada Al Quran dan Al Hadis, seperti  " seorang mukmin itu tidak akan dipatuk di tempat yang sama sebanyak 2 kali".

Jadi khas untuk katak - katak perkasa sekalian, pergi lah jilat UMNgOk sikit lagi, mana tau ada can adpat kerusi Pasir Mas untuk PRU 13 nanti, jadilah. Tapi komfem kalah la, harap maaf. Janji jadi calon, cukup la dak??hahahahaha. Moga kemungkaran dan kefasadan di atas muka bumi Allah s.w.t ini akan di sucikan tidak lama lagi. 

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/YXmGu/~3/bwerABsdY7c..
Wallah hu 'alam.   

Wednesday, July 27, 2011

Nik Aziz nafi Sokong Biometri

KOTA BHARU 27 Julai - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.

"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.

"Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO kerajaan negeri di sini hari ini.

Semalam, sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik" dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di sini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menolak sistem biometrik itu kerana berpendapat sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terbabit mengendalikan biometrik.

Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata PAS Pusat sedang membuat semakan senarai daftar pemilih di seluruh negara dan dijangka siap dua minggu lagi.KLP

Mudahnya Nak Tipu Kalau guna BioMetrik


Tuesday, July 26, 2011

Datuk Wan Ahmad Kena Boo.....!!!!!


KUALA LUMPUR 26 Julai - Sessi Debat Pengerusi BERSIH 2.0 dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar gamat dan kecoh setelah berlaku pertikaman lidah sesama mereka.
Kehadiran penonton yang dipolopori Penyokong BERSIH 2.0 menyukarkan Datuk Wan Ahmad menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan Ambiga.
Malah, Datuk Wan Ahmad di 'boo' penyokong- penyokong BERSIH 2.0 sehinggakan beliau terpaksa meminta agar ianya dihentikan agar lebih mudah baginya untuk memberi penjelasan mengenai hal-hal yang dibangkitkan.
Program Debat yang dianjurkan Kumpulan Karangkraf ini turut dianggotai Profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.KLP

Kes Sosilawati - Bahan Bukti Ditolak.


SHAH ALAM 25 April - Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa anggota penyelam dari Pasukan Gerakan Marin (PGM) tidak menemui kayu kriket yang didakwa antara barang bukti dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sepanjang membuat pencarian di tiga buah sungai di Banting pada September tahun lalu.

L/Koperal Kesatoper Wine anak Assan, 28, yang bertugas sebagai penyelam di PGM Wilayah 1, Pulau Pinang berkata, sepanjang operasi antara 12 September dan 25 September di Sungai Panchau, Sungai Kanchong Laut dan Sungai Lang, pasukannya hanya menemui telefon bimbit, gelung dawai, guni, serpihan disyaki tulang dan pisau.

"Saya, Merzuki (Koperal Merzuki Shahrim) dan Hazriman (Muhamad Hazriman Ismail) tidak jumpa (kayu kriket) tetapi kawan-kawan lain mungkin," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathamanabhan.

Wine berkata demikian ketika Manjeet Singh merujuk beliau kepada satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin pada 17 September 2010 mengenai penemuan kayu kriket oleh pihak polis di dalam Sungai Panchau.

Saksi ke-31 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Wine juga berkata, selain sebilah pisau yang menjadi eksibit dalam kes itu, beliau turut menemui dua bilah pisau yang lain sepanjang membuat pencarian di sungai terbabit.

Bagaimanapun, beliau memberitahu dua bilah pisau berkenaan tidak ditanda sebagai eksibit selepas dimaklumkan oleh pihak forensik bahawa bahan bukti itu tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan berkenaan.

Seorang lagi penyelam dari PGM L/Koperal Muhamad Hazriman Ismail dalam keterangannya juga mengakui bahawa pencarian pasukan mereka di Sungai Pancau menemui lebih daripada sebilah pisau.

"Tidak pasti berapa banyak pisau (ditemui) tetapi lebih daripada satu. Kami bagaimanapun letak semula pisau tersebut dalam sungai," katanya.

"Kenapa letak balik pisau (ke dalam sungai)," soal peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan.
"Mengikut pihak forensik (pisau) tidak ada kena mengena (dengan kes) dan mereka suruh letak balik," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok. - BERNAMA

Bijak Sungguh PM dan Pengerusi SPR !!!

Laporan dari Kanada menyatakan untuk menggunakan kaedah biometrik dalam mengesahkan identiti pengundi semasa pilihanraya akan memerlukan kos yang amat tinggi. PERLU ADA TALIAN INTERNET YANG STABIL DI TIAP TEMPAT MENGUNDI, PERLU ADA BACK UP GENERATOR, SCANNER, MACAM-MACAM PERALATAN DAN SEBAGAINYA.

Siapalah yang akan untung BESAR bila semua sistem Biometrik ini dilaksanakan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak? Macamana nak pastikan ada talian internet yang stabil di pedalaman Sarawak yang peti undi pun perlu diangkut guna helikopter?

Bijak sungguh PM dan Pengerusi SPR kita !

************
COST MAJOR PROBLEM WITH BIOMETRIC ID AT POLLS

OTTAWA — Biometric technology could be used to identify voters at the ballot box without requiring Muslim women to remove facial veils, but setting up a nation-wide system would be expensive and risks disenfranchising many electors.

The problem with biometric authentication is the time-consuming and expensive process of “enrolling” potential voters in the system. Participants first have to be “scanned” to create baseline data to which their fingerprints or irises will be compared at the polling station.

“Something that people often underestimate is the cost of doing that enrolment,” said Steven Kent, a Massachusetts-based expert on identity authentication.

“Whenever we talk about making changes, we have to realize there is a tremendous start-up cost.”

Once captured, a voter’s biometric data could then be stored on a so-called smart card or in a central database. Voters would present the smart card at a polling station and a machine would scan their irises or fingerprints to electronically match against the information stored on the card. Alternately, the voter’s biometric data could be compared against the reference data in a database, BUT THAT WOULD REQUIRE A STABLE ELECTRONIC CONNECTION BETWEEN THE POLLING STATION AND THE DATABASE. Privacy concerns are certain to arise.

The cost of rolling out the hardware and software to make a voter authentication system work would be substantial. Depending on how elections officials chose to implement the system, each of the 308 federal ridings could have a designated polling station equipped with biometric scanners, or every one of the polling stations within a riding — a substantially greater investment in machinery.

THESE POLLS WOULD LIKE BE REQUIRED TO HAVE BACK-UP SCANNERS AS WELL POWER SYSTEMS LIKE GENERATORS OR BATTERIES, ALL AT ADDED EXPENSE, AS WELL AS SECURE ELECTRONIC CONNECTIONS TO A CENTRAL DATABASE.

http://www.canada.com/vancouversun/news/story.html?id=6a332d5b-a66e-481f-945c-3f453278b425&k=80914

Monday, July 25, 2011

Awat Tak Mau Guna Dakwat ?


SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.
Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

" Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

" Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata.

Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.

" Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful.
" Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi.

Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.

Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih.

Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat.

Tayangan Video pihak Polis Tidak Benar - Mat Sabu.





KUALA LUMPUR 24 Julai - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertikai Video yang ditayangkan pihak polis kepada media sebelum ini jelas menunjukkan situasi yang berbeza daripada apa yang berlaku.
“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika sessi temubual bersama wartawan Harakahdaily.
Beliau dengan itu telah mengemukakan peguam bagi membawa isu tersebut di mahkamah dan bakal menyaman pihak polis kerana memfitnah beliau.
Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa beliau telah dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal semasa Perhimpunan BERSIH 2.0.
Beliau juga mendakwa terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.
Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pula telah membuat Sidang Media khas menerangkan beberapa isu yang dituduh pihak yang terlibat dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 termasuklah tayangan Video melalui CCTV ketika Mat Sabu sedang menunggang motosikal yang memperlihatkan beliau tidak dirempuh kereta polis.  KPS


Sunday, July 24, 2011

Ahli Perniagaan Melayu Hentam Najib

SHAH ALAM, 23 Julai — Sekumpulan ahli perniagaan Melayu hari ini secara terbuka mengecam pentadbiran Najib ‘dingin’ dalam melaksanakan inisiatif pro-Bumiputera sambil mendakwa Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bergerak terlalu perlahan sejak ia dilancarkan Februari lalu.

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem), sebuah badan yang terdiri daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan ekonomi Melayu, mendakwa unit yang berusia enam bulan itu telah gagal membawa sebarang hasil dalam memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan berbanding projek-projek yang dilancarkan oleh Pemandu.

“Pemandu dan Teraju tidak bergerak pada kelajuan yang sama. Teraju bergerak macam kura-kura,” kata Presiden Mapem Tan Sri Rozali Ismail kepada pemberita di sini hari ini.

“Ini sangat membimbangkan ... kami mahu mengambil bahagian dalam pertumubuhan ekonomi negara, kami mahu bersama Perdana Menteri membina negara ini, kami tidak mahu ketinggalan di belakang,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Mapem di sini hari ini.

Keadaan itu menurut beliau, akan menyebabkan jurang pendapatan ahli perniagaan antara Bumiputera dan Bukan Bumiputera semakin melebar.

Pengkritik mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mencairkan Model Baru Ekonomi (MBE), yang diilhamkan oleh beliau sendiri, dengan mewujudkan Teraju, tetapi pegawai-pegawai pentadbirannya berkata ia perlu memandangkan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi masih kekal kecil.

Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dan Teraju akan menjadi pemangkin dalam usaha mentransformasi agenda pembangunan Bumiputera bagi memastikan keupayaan golongan itu mampu dilonjakkan ke tahap lebih tinggi.

Nor berkata, Teraju sebagai entiti tunggal yang melapor terus kepada MTAB akan membolehkan strategi serta inisiatif pembangunan Bumiputera, yang sebelum ini dilakukan pelbagai kementerian dan agensi, dilaksanakan secara menyeluruh dengan perspektif yang meluas.

Katanya, langkah itu merupakan cerminan hasrat kerajaan untuk menambah baik strategi dan inisiatif di dalam agenda pembangunan Bumiputera.

Beliau berkata kerajaan sedar masih terdapat sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sehingga kini masih belum tercapai sepenuhnya dan antara factor dikenal pasti adalah disebabkan ketirisan di peringkat pelaksanaan dan bukan sebab kesilapan dasar.

Beliau berkata, Teraju akan merencana agenda pembangunan Bumiputera selaras dengan pendekatan baru yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Ketika melancarkan Teraju pada 8 Februari lalu, Najib berkata ia bertujuan memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana Menteri berkata agensi itu akan berfungsi bagi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Teraju akan memberi tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan, pembiayaan, pendidikan dan penggajian, penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan pihak-pihak berkepentingan, kata Najib.

Perdana Menteri berkata, Teraju juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baharu supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan.



Oleh Clara Chooi

Saturday, July 23, 2011

Adakah UMNO itu lebih tinggi dari Agama?

Rasuah itu adalah ketagihan tegar - elok dirawat di pusat serenti
Apa yang nampak oleh dua biji mata kita tidak semesti sama dengan apa yang dilihat oleh mata kita yang lagi satu, iaitu mata hati. Dua biji mata kita tidak mampu untuk melihat sejauh kemampuan mata hati. Biji mata kita tidak akan nampak apa yang ada di sebalik dinding tempat kita bersandar. Tetapi mata hati boleh melihat sejauh mata sekali pun jika kita telah sampai dan pernah berada di tempat yang dilihat oleh mata hati kita.

Saya nampak semua pokok yang ada di halaman rumah saya di kampong walaupun saya melihat dengan mata hati saya dari Subang Jaya. Saya boleh lihat sekarang ini bagaimana keadaan di Baitullah kerana semua kita telah sampai kesana. Begitu juga kita masih boleh nampak bagaimana rakyat yang sedang berjalan ke Stadium Merdeka untuk berhimpun secara aman telah digempur oleh pihak Polis tetapi dituduh peserta rally itu yang melakukan keganasan.

Saya juga nampak dengan mata hati saya bagaimana Baharudin Ahmad meninggal dunia semasa rally tersebut dan saya masih melihat dengan jelas bagaimana polis telah memancutkan air ber chemical kearah peserta-pererta rally yang hendak berjalan secara aman ke Stadium Merdeka. Mata hati kita juga nampak bagaimana ramainya peserta rally yang datang untuk menyertai perhimpunan itu walaupun polis tersalah bilang jumlahnya dan memberitahu kita jumlah kehadziran rally tersebut hanyalah dalam lingkungan 6000 orang sahaja.

Pandangan mata hati yang jujur akan membuahkan pandangan yang telus dan jujur terutamanya kepada mereka yang tidak ada kepentingan peribadi. Pandangan mata hati juga mampu untuk membuat telahan yang paling hampir kepada kebenaran. Pandangan mata hati yang jelas juga boleh memberikan ‘intuition’ tentang apa yang akan berlaku lanjutan dari pandangan mata hati yang tajam itu.

Pandangan mata hati dan ‘intuition’ ramai itu semuanya menjurus kepada perasaan tidak sedap hati tentang nasib orang-orang Melayu serta rakyat negara keseluruhannya. Ahli-ahli dan pimpinan parti di peringkat bawahan hanya diperguna oleh pimpinan atasan untuk memperjuangkan keuntungan peribadi (mereka) dan tidak sanggup berkorban kerana kepentingan peribadi. Tenaga dan keringat rakyat di bawah di perah sehingga kering semata-mata untuk kepentingan pemimpin-pemimpin, isteri-isteri dan anak-anak pemimpin-pemimpin yang tidak pernah merasakan kesusahan hidup seperti ahli-ahli di bawah.

Kenapa begitu? Jawabnya ialah kerana renongan mata-mata hati yang tajam yang nampak jelas partinya akan terjerumus kepada keaiban jika masih tidak bersedia untuk berubah secara serius serta drastik dalam masa yang sesingkat-singkatnya. Perubahan tidak mungkin terjadi di dalam UMNO kerana jika dilakukan perubahan yang besar maka perubahan itu akan menyekat mereka untuk bermaharaja lela dan memerah keringat rakyat lagi.

Sesungguhnya keenakan menjadi kaya raya terutamanya melalui rasuah adalah satu ketagihan yang tidak mungkin boleh diubati. Ketagih rasuah ini samalah seperti ketagih dadah yang tegar. Itu lah sebabnya ramai pemimpin yang tidak mahu langsung untuk memikirkan untuk bersara Ketagihan rasuah ini menyebabkan mereka bermati-matian untuk kekal dalam jawatan yang di sandang mereka. Mereka sanggup mengampu dan membodek pucuk pimpinan serta ahli-ahli keluarganya semata-mata untuk kekal di dalam nikmat kekayaan yang datang dari penat jerih rakyat yang ramai.

Keenakan duduk dalam kuasa akan membuatkan pemimpin-pemimpin yang ketagih kuasa dan keenakan ini melakukan apa sahaja, waimma menghancurkan pertubuhan politiknya sendiri. Pandangan rakyat tidak lagi di terima dan jika rakyat bangun menentang rakyat akan ditekan dengan kuasa-kuasa di tangan mereka untuk menindas perasaan rakyat yang ramai itu.

Rakyat tidak boleh berhimpun dan menunjukan ketidak puasan hati mereka walaupun secara aman. Perarakan yang aman di kecohkan oleh pihak polis dan akhirnya menyalahkan rakyat dan menuduh mereka sebagai perusuh. Sampai bila tekanan ini hendak dilakukan? Sampai bila?

Dalam pada itu mereka tetap hendak kekal dalam jawatan walaupun mereka sudah tidak lagi popular dan kedegilan ini tidak lain dan tidak bukan kerana ketagihan kuasa ini. Seseorng yang ketagihan dadah misalnya sanggup berbuat apa-apa sehinggkan ada kes penagih yang membunuh ibunya sendiri kerana ibunya tidak meberikan mereka wang untuk membeli dadah.

Itu sebabnya saya selalu menulis, jika pemimpin-pemimpin kerajaan itu sudah ketagihan dengan rasuah tiada jalan lain selain dari mengenepikan seluruh barisan yang sedang berkuasa dan yang sedang menghidapi penyakit ketagihan rasuah tadi.

Penagih-penagih ini harus di letakan di dalam pusat-pusat serenti agar mereka dapat dipulihkan agar mereka menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Di pusat pemulihan itu mereka akan diajar segala ilmu fardhu ain dan diberitahu yang mana halal dan yang mana haram.

Mereka akan diberikan latihan untuk menjadi insan yang baik dan berdisiplin melalui latihan kawat dan senaman setiap pagi. Di pusat pemulihan itu juga mereka boleh diajar untuk mengakui yang ketagihan rasuah itu adalah satu dosa yang besar, sama seperti memakan daging saudaranya sndiri.

Rakyat sudah sampai ketahap sudah hilang kesabaran. Berbagai-bagai saluran digunakan untuk meminta mereka berubah tetapi tidak juga berubah. Akhirnya rakyat hendak berjalan secara aman ka stadium untuk menzahirkan kemarahan mereka tetapi di tahan dan di kecohkan oleh pihak berkuasa dengan pancutan gas pemedih mata dan kekecohan itu pula di alihkan kepada rakyat pula sebagai pihak yang merusuh.

Hendak berkumpul itu pun dijadikan sebagai kesalahan oleh akta dan undang-undang. Jika berkumpul lebih dari lima orang akan melanggar akta polis. Semuanya tidak boleh. Seluruh dunia memerhatikan kita dan mengkritik kita. kritikan masyarakat antarabangsa itu dianggap sebagai mencampuri hal ehwal negara kita. masyarakat antarabangsa pula yang bersalah.

Jadi yang tidak bersalah hanyalah mereka dari parti-parti kerajaan BN. Yang lain di seluruh dunia ini bersalah. Semuanya bersalah kecuali UMNO dan BN. Yang boleh membangunkan negara hanya UMNO. Parti lain tidak tahu membawa pembangunan. Kita hanya di minta mengenang budi UMNO sahaja. UMNO dan pemimpin mereka rasuah tetapi mesti juga di sokong kerana mereka pernah berjasa.

Jasa UMNO yang lepas-lepas itu mesti diingati dan terus disokong walaupun mereka sekarang melakukan rasuah yang besar-besar. Tidak boleh di tegur kerana jasa mereka banyak kepada rakyat. UMNO telah memberikan kemudahan api letrik dan air paip yang bersih. UMNO telah memberi subsidi gigi palsu. UMNO telah memberi lembu pawah kepada orang kampong. UMNO telah membangunkan bangunan yang tertinggi di dunia. UMNO telah melebarkan jalanraya dan sebagainya.

Maka kita wajar sokong UMNO walaupun mereka rasuah dan selalu menyalah gunakan kuasa. UMNO itu lebih tinggi dari agama. Meninggalkan UMNO atau tidak memberikan sokongan akan di anggap seperti orang murtad. Yang berhak menjadi orang yang terkaya hanya lah pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat ramai tidak boleh walaupun mereka yang membayar cukai.

UMNO ini seolah-olah sudah ditarifkan seperti agama baru. Jangan dilawan mereka. Kuasa yang ada kepada mereka itu bukan datangnya dari tuhan. Ianya datang dari UMNO itu sendiri. Maklumlah segala pembangunan dan rezki rakyat itu katanya datang dari UMNO.Begitulah gayanya UMNO hari ini 
-KK

VIDEO BERSIH 2.0 VERSI POLIS APCO - MAT SABU CABAR POLIS APCO TAYANG VIDEO PENUH TANPA EDIT

PERUSUH itulah ayat polis apco kepada rakyat yang mahu berhimpun secara aman untuk menuntut 8 tuntutan BERSIH kepada SPR. Polis apco cuba menutup bangkai gajah dengan kertas A4.

BERSIH dituduh PERUSUH, perhimpunan haram dan pertubuhan haram tetapi yang peliknya AGONG sudi untuk berbincang dengan BERSIH. Kalau haram masakan AGONG mahu bertemu dan berbincang. Akhirnya AGONG benarkan BERSIH berhimpun di stadium, tetapi polis apco dan umporno derhaka kepada AGONG, mereka tidak endahkan titah AGONG. Polis apco bukan lagi Polis Diraja Malaysia tetapi polis RAJA di Malaysia.

Mana ada PERUSUH atau perompak atau penyamun nak buat rusuhan atau rompakan akan umum tarikh dan tempat kecuali dalam filem P.Ramlee saja Ali Baba dan 40 orang penyamun...P Ramlee kata hari ini Sabtu setengah hari..esok Ahad holiday..kalau nak rompak hari Isnin bolehlah...

Manakala Mohamad Sabu atau Mat Sabu mencabar polis mendedahkan rakaman penuh CCTV mengenai kejadian kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncenginya pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu atau bersedia menghadapi saman sivil di mahkamah.



Timbalan Presiden PAS itu mendakwa, rakaman yang disiarkan oleh pihak polis semalam adalah rakaman yang telahpun diedit serta tidak menggambar wajah sebenar anggota polis terbabit.

Fitnah dalam adalah keterlaluan dan langsung tidak berlandaskan apa yang dilakukan ke atas saya (di tempat kejadian) itu," katanya di Komtar, Gergetown.

Beliau turut mengulangi tekad untuk menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid kerana menuduhnya beliau berlakon dicedera dek polis.

"Tarik balik fitnah ke atas saya dan kesihatan saya...maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau," ujar beliau.



Turut serta dalam sidang tersebut, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Mansor Haji Othman.

Kelmarin, Saleh menyifatkan dakwaan Mohamad Sabu diperlaku secara brutal oleh polis adalah palsu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,”ujar Saleh semasa tayangan video tersebut. Ligamen Lutut Mohamad tercedera hatta koyak akibat insiden brutal tersebut. Dalam pembedahan seminggu yang lalu, di bahagian pelipat lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.

Mohamad kemudiannya berkali-kali menafikan bahawa beliau berlakon duduk di atas kerusi roda sambil membawa filem x-ray yang menunjukkan lututnya menerima skru tersebut. SS

Khairy Dah Berani Lawan Tokey !!!


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta agar Ahli Parlimen Sungai Siput dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (OD) supaya dilepaskan. Khairy yang menyifatkan penahanan tersebut sebagai satu ‘salah faham’ akan menyatakan pendapat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadikan beliau sebagai pemimpin BN yang pertama berbuat demikian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau merasakan bahawa pihak kerajaan bertindak atas maklumat yang salah.
  • “Saya telah banyak mendengar ucapan daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar di Parlimen. Semua ucapan tersebut adalah hujah-hujah bernas dan tidak subversif,” kata Khairy.
  • Jeyakumar dan lima lagi ahli PSM telah ditahan di Pulau Pinang tujuh hari sebelum Perhimpunan Bersih 2.0 dijalankan pada 9 Julai, mereka ketika itu bertindak mengedar risalah-risalah kepada orang ramai supaya menyokong kehendak kumpulan tersebut untuk mendapatkan pilihan raya yang telus.
  • Penangkapan ahli PSM adalah salah satu daripada tindakan kerajaan yang mendapat komen buruk di peringkat antarabangsa, termasuk dengan penahanan aktivis-aktivis Bersih di mana 1,600 orang telah ditahan pada 9 Julai. Walaupun hampir kesemua mereka telah dibebaskan, kumpulan ‘PSM 6′ masih lagi berada dalam penahanan.
Ordinan Darurat tersebut telah digubal pada tahun 1969 sebagai langkah sementara sebagai respon kepada tragedi 13 Mei, yang membernarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.
Sumber: Agensi

Misteri 907 Hospital Tung Shin – oleh Aishah



22 JULAI – Dahulu, ibu selalu akan memanggil anak-anaknya “masuk ke dalam, tengok langit tuh, kuning!” Mambang kuning katanya. Setiap senja menjelma, menghampiri malam, akan ada lah ia – mambang berwarna kuning.

Tapi kali ini, yang berwarna kuning di tengah-tengah bandaraya pada 9 Julai lalu bukanlah mambang yang ini, walau pun warnanya seakan sama.

Rentetan kes mambang kuning yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini, pelbagai spekulasi, ramalan mimpi dan jampi mantera ditemukan. Mulalah terdengar bisikan-bisikan jahat tentang siapa salah, siapa benar, siapa mangsa, siapa pembunuh.

Misteri di hospital

Dan sehingga ke detik 12 malam ini, masyarakat masih dihantui dengan misteri…dengan asap yang muncul dengan tiba-tiba. Kerana hantu merah tidak mengaku berbuat dajal di situ, tempat suci.

Pihak yang lain pula menuduh itu adalah kerja orang jahat yang ingin merampas kuasanya. Itulah dia, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa ia bermotif politik untuk mendesaknya meletak jawatan.

Pihak polis berterusan menafikan terus pembabitannya yang salah laku dan melekatkan beban itu kepada orang ramai – ya, orang ramai yang disembur gas pemedih mata yang bersalah.

Kemudian tampillah kenyataan daripada 11 malaikat penyembuh – para doktor Hospital Tung Shin sendiri – yang mengesahkan dakwaan orang ramai, walau pun lembaga hospital tersebut sebelum itu memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku pun ketika perhimpunan aman 9 Julai.

Sebelas doktor ini tidaklah pula menyimpan keinginan untuk memihak pada sesiapa, hanya ingin berkata yang benar kerana perbuatan polis itu melanggar pengiktirafan sejagat – hospital sebagai tempat perlindungan.

Pimpinan DAP juga telah membawakan empat saksi yang berada di tempat kejadian; Teo Nie Ching, Liew Chin Tong, Tony Pua dan Zairil Khir Johari.

Namun, sehingga kini, tiada siasatan selain janji-janji kosong. Dan rakaman video polis yang disunting sebegitu rupa di mana hanya ‘kejahatan’ orang ramai dikatakan tertonjol manakala polis ‘baik’ saja rupanya.

Sementara itu, komander Unit Simpanan Persekutuan (FRU) polis pula boleh berseloroh dengan mengatakan FRU bertindak kasar semasa perhimpunan 9 Julai itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital, sekurang-kurangnya sebagai pesakit luar.

Agaknya dia itu buta, tidak mampu melihatkan keadaan orang ramai yang terjatuh dikejar, terkena kanister gas, patah tulang sana sini.

“Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian.” Malah, “Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.” –Supt (B) Sulaiman Menga Din

Apa pun prosedur operasi piawai (SOP) yang dipraktikkan, masyarakat cukup jelas dengan kesannya yang mencemar hak asasi manusia (HAM).

Malah, Malaysia kini sudah cukup malu untuk berdepan dengan komentar keras daripada media luar. Sehingga laporan dalam The Economist juga sanggup ditapis.

Sepatutnya kalau tidak bersalah, tindakan yang harus diambil pihak yang bertanggungjawab ialah dengan menepis, bukan menapis. Tetapi ini tidak dilakukan, atau tidak mampu dilaksanakan, kerana sudah terlalu banyak penipuan.

Konsep dan amalan hak

Konsep hak semulajadi atau ‘natural rights’ ini telah ada sejak berkurun lamanya, dan di Eropah, hak ini tertakluk bukan kerana seseorang itu warganegara tetapi kerana ia seorang manusia. Dan ini menjadi asas kepada ide hak warga, politik dan kebebasan agama.

Konsep HAM ini dapat dikesan dalam Declaration of the Rights of Man and of The Citizen (1789), Magna Carta (1215), dan sebagainya. Ia bermula dengan The Charter of the Rights of Nations of Cyrus (580-529SM).

Malah sejarah Islam telah mencatatkan hak-hak manusia dalam Piagam Madinah (622M). Dan ini jelas menunjukkan ia merupakan nilai yang relatifnya sama dan dikongsi, bukanlah sesuatu perkara asing yang dipaksakan.

Hal paling penting adalah idea non-violent/ ahimsa/ satyagraha/perhimpunan aman. Idea ini dibangun oleh Leo Tolstoy, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King sebagai penolakan terhadap tindakan kerajaan yang tidak beretika.

Dan pada prinsipnya, jika kebangkitan diinginkan rakyat, ia bertujuan membawa perubahan dan menamatkan eksploitasi pemerintah yang sedia ada, sama ada penjajah atau kerajaan sendiri. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Gandhi itu yang akhirnya berjaya mengusir penjajah dari ibu pertiwinya.

Ia justeru bermasalah, apabila media massa kawalan Barisan Nasional sengaja mengaitkan perhimpunan aman di negara ini dengan keganasan mau pun gerakan pemisah di luar sana.

Mungkin ada sedikit kegusaran pemerintah di situ, bimbang kuasanya tercabut, kepercayaan rakyat sudah lama lenyap. Kerana selalunya, gerakan rakyat tertindas berjaya di beberapa tempat di dunia, antaranya gerakan civil rights di Amerika Syarikat dan anti-apartheid di Afrika Selatan.

Melihat aksi orang ramai dan reaksi kerajaan dalam menangani fenomena ini, jelas menunjukkan ada usaha untuk menutup kebangkitan kesedaran publik.

Dahulu, ruang demokrasi di Malaysia ini tidak subur, malah ada yang mengatakan ia telah terkubur.

Tetapi kejadian demi kejadian pasca 2008 dan proses pendemokrasian seperti yang berlaku baru-baru ini menunjukkan ia petanda baik bagi negara yang ‘hidup’.

Tuntutan hak demokrasi ini, jika direalisasikan dan menjadi budaya, akan mudah merungkaikan misteri 907 Hospital Tung Shin. – Roketkini.com

BERSIIH 2.0 - Khalid Samad Pertimbang Saman pihak Polis.

KUALA LUMPUR 22 Julai -  Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepala akibat ditembak kanister gas pemedih mata 9 Julai lalu, mempertimbangkan untuk mengemukakan saman terhadap polis.

Ia berikutan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta himpunan Bersih dan menjadikan beliau antara sasaran keganasan tersebut.

“Kita akan tunggu dan saya akan mendapatkan nasihat pihak peguam dan saya akan mempertimbangkan untuk menyaman pihak polis di mahkamah” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Beliau pada masa sama menyifatkan pihak polis cuba menegakkan benang yang basah apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat berbohong dan berlakon tentang keganasan yang dilakukan polis dan FRU.

Pada 9 Julai lalu, Khalid Samad mengalami kecederaan teruk di kepala selepas terkena kanister gas pemedih mata FRU di laluan bawah KL Sentral, semasa himpunan aman Bersih 2.0.

Kanister tersebut- juga dipercayai digunakan tentera Israel- turut menyebabkan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Al-Bakqry mengalami kecederaan parah, menyebabkan tulang pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan.

Fayyadh pada masa itu cuba melindungi Anwar dari terkena serangan kanister gas itu.

Sekurang-kurangnya 12 tembakan mendatar dilepaskan ketika peserta himpunan itu terperangkap di laluan bawah KL Sentral, dengan tembakan tidak disasarkan 45 darjah ke udara seperti sepatutnya.

Ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kelmarin, peguam yang mewakili Fayyadh, N Surendran berkata, tembakan gas itu diarahkan oleh Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

N Surendran berpendapat tindakan itu merupakan satu usaha serius untuk mendatangkan kecederaan, malah membunuh orang ramai. KLP