Pages

Friday, June 3, 2011

Ulat Bulu Seberang Landasan-Keretapi Terpaksa Berhenti


Gara-gara ulat bulu yang kehabisan daun untuk dimakan dan melintasi landasan, sebuah keretapi yang membawa kargo terkandas  selama tiga jam.  Kejadian tersebut berlaku di landasan di bahagian tengah Wilayah Autonomi Monggolia sejauh satu kilometre.
Menurut Fu Jianguo, pengawai di balai polis Wudan, ulat bulu tersebut  mungkin cuba menyeberangi landasan untuk mencari makanan berikutan kehabisan daun apricot di atas bukit yang terletak di bahagian selatan landasan.
Keretapi  tersebut terpaksa dipandu perlahan dan berhenti selepas melanggar serangga berkenaan.
“Saya pernah mendengar tentang ulat bulu menyebabkan berlaku litar pintas atau memberhentikan keretapi tetapi tidak pernah melihatnya sendiri,” ujarnya.
Perkhidmatan keretapi tersebut disambung semula selepas  lebih 12 orang pekerja membersihkan landasan menggunakan penyapu dan   penyodok sampah.
Source: China Daily

No comments: