Pages

Wednesday, June 8, 2011

Mat Sabu-akan Jadi Senjata Last Minit Umno/Bn Untuk PRU 13

Kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden Pas untuk  dua tahun sememanglah kehendak akar umbi  ahli dan penyokong Pas, kerana buat pertama kali dalam sejarah,  orang nombor dua Pas bukan berlatar belakangkan  pendidikan agama.
Semua orang tentu tahu segala rekod peribadi ahli politik pembangkang ada di Putrajaya. Jika kerajaan Umno/Bn nak  guna bila-bila masa tak ada masalah untuk mengaktifkannya.
Rekod mahkamah Mat Sabu  dalam isu khalwat beliau di bilik 121 Hotel  Perdana,  Kelantan akan diaktifkan semula di media arus perdana kerajaan.
Manakala untuk melambangkan Mat Sabu orang kuat syiah,  sudah pasti akan tersebar gambar-gambar, video dan youtube amalan syiahnya sama ada di dalam dan luar negara .
Semua itu memungkinkan penyokong Pas dan PR yang bermazhab sunni  serta orang atas pagar yang benci syiah dan Mat Sabu,  tidak akan menyokong Pakatan Rakyat.
Semua ini adalah kemungkinan besar akan dilakukan oleh Umno/Bn untuk mempertahankan Putrajaya.
Pakatan Rakyat mesti bersiap sedia dengan menggunakan segala kemampuan yang ada untuk berdepan taktik kotor Umporno ini.-darikakigunungjerai.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

mereka salah langkah jika gunakan isu shiah iran yang mana paling maju dalam semua bidang dalam menggugat keangkuhan syaitan akbar dan zionis dan wahabiyu saudiyun alkasino..dont worry imej pas akan naik bila dikaitkan dengan iran dan hizbullah, ahmadinejad dan nasrallah...80 peratus negara latin dan afrika sekarang ini di bawah pengaruh iran