Pages

Tuesday, May 17, 2011

Bila Anda Akan Mati??? Buat Ujian Darah Segera!!!!


Pernahkah anda membuat ujian darah??


Dengan melabur RM2030 (USD 700), tidak lama lagi anda akan tahu jangka hayat anda melalui kaedah ujian darah yang dijangka akan berada di pasaran Britain penghujung tahun ini.

Ujian darah tersebut berupaya menganggarkan jangka hayat seseorang dengan mengukur telomeres di hujung kromosom (telomeres adalah indikator yang paling penting dan tepat untuk mengukur proses penuaan)

Bagaimanapun pengkritik bimbang kaedah ini disalahgunakan oleh syarikat penjual produk anti-penuaan yang tidak mendapat pengiktirafan. Begitu juga dengan syarikat insurans yang dijangka akan  lebih berhati-hati menawarkan pelan perlindungan kesihatan.

Ujian darah ini bagaimanapun dapat membantu khususnya masalah yang berkaitan dengan kecelaruan usia seperti penyakit-penyakit bersangkutan dengan masalah kardio vaskular, Alzheimers dan kanser.

Pereka ujian darah ini menyatakan bahawa umum telah mengetahui telemores yang pendek menyebabkan jangka hayat juga singkat. Bagaimanapun melalui kaedah baru ini, ujian adalah lebih tepat. Ia dapat mengesan walaupun perbezaan yang kecil pada kepanjangan telomere dengan lebih mudah dalam masa yang singkat dan ujian untuk banyak sampel boleh dilakukan serentak.   

Malah lebih penting lagi, ujar Maria Blasco dari Pusat Kajian Kanser Kebangsaan Spanyol, ujian tersebut dapat mengenal pasti kehadiran telomeres yang paling berbahaya – iaitu yang paling pendek.

Kajian mengenai telomere adalah suatu yang menarik dalam bidang sains biomedik dan tiga saintis yang terpilih memenangi anugerah Nobel Prize tahun lepas adalah pengkaji perintis dalam bidang
tersebut.

Adalah penting bagi anda untuk mengetahui umur biologikal anda agar anda dapat mengubah tabiat gaya hidup sekiranya anda mempunyai telomeres yang pendek,” ujar Dr Carol Greider.bekas pemenang Nobel Prize dari Harvard Medical School - Sumber: The Korea Herald/ANN

Manusia sekadar boleh menganggarkan  tetapi sesungguhnya ajal maut adalah rahsia Allah SWT.

No comments: