Pages

Sunday, May 1, 2011

13 Histeria selepas Tonton Filem Hantu



Sekumpulan penonton kena histeria selepas menonton filem hantu di IndonesiaMereka menjerit dan berteriak, dan beberapa orang menangis ketika berguling ditanah di tempat letak kereta Trade Mall di Bogor minggu lalu.

Menurut saksi, insiden  bermula dengan 13 pemuda, kemudian orang di sekeliling mereka juga terkena histeria.
Pegawai keselamatan  dipanggil untuk membantu tapi gagal.
Lima belas minit kemudian, seorang lelaki yang baru sahaja selesai sembahyang tiba di tempat letak kereta.
Dia menyentuh kepala mereka yang kena histeria itu, dan cukup luar biasa, kumpulan pemuda itu tenang dan akhirnya sedar.
 Mereka mengatakan baru sahaja selesai menonton filem hantu 13 Cara Memanggil Setan  di mall itu.
Sumber: Agensi

No comments: