Pages

Tuesday, May 31, 2011

UFO Lagi !!!!


Seorang lelaki tidak menyangka gambar yang dirakamnya sewaktu bercuti di pinggir Kunming, China, turut merakamkan objek yang disyaki sebagai UFO.
Menurut Yan, dia pergi ke Gunung Motianling bersama-sama rakan-rakannya Ahad lepas.  
“Saya mengambil dua keping gambar pemandangan. Pada waktu tiada apa-apa dilangit, bagaimanapun apabila saya melihatnya kembali pada malamnya, saya dapat lihat 3 titik hitam pada gambar empangan Songhua. Titik terbesar kelihatan seperti seekor  rama-rama.”
Menurut  presiden Persatuan Pengkaji UFO Kunming  Zhang Yifang, objek yang paling besar berkemungkinan layang-layang atau pun burung.  Bagaimanapun  salah satu daripadanya dipercaya UFO tetapi sukar untuk dipastikan dengan hanya satu gambar.
Kata Zhang, dia pasti ia adalah UFO, tetapi  tidak semestinya ia dari angkasa lepas
Source: Yunnan.cn

Monday, May 30, 2011

Umno Menggelepar Bila Bukan Islam Memahami Islam(Video)


Perwakilan Jangan Emosional -Nasihat Pengerusi Tetap Pas

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Seorang pemimpin veteran PAS mengakui ini kali pertama parti itu berhadapan dengan persaingan paling sengit bagi kesemua jawatan utamanya tetapi menasihatkan lebih 1,000 perwakilan agar tidak mengundi “secara emosional” dalam memberikan mandat baru hujung minggu ini.
Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden.
“Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa.
“Saya rasa berbanding dengan pemilihan tahun 2009, ini adalah (pemilihan) yang paling sengit, tetapi lebih sengit daripada tahun-tahun lalu,” kata beliau yang memegang jawatan pengerusi tetap sejak 24 tahun lalu.
PAS, yang berusia enam dekad, mengadakan pemilihan dua tahun sekali sempena muktamar tahunan ke-57 di Gombak hujung minggu ini.
Mengulas lanjut mengenai soal “emosional” dalam menentukan undi, Abu Kassim dari Kedah yang menjadi pengerusi tetap sepanjang kepimpinan tiga presiden termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang berkata, perwakilan tidak seharusnya terpengaruh dengan kebolehan seseorang “bercakap” atau terpikat dengan “pemberian sesuatu” walaupun bentuk kempen parti itu masih jauh berbeza daripada Umno yang menjalankan kempen secara terbuka dan menggunakan jentera pemilihan yang besar.
“Ya, ya... jangan emosional dalam pilih pemimpin. kena cari pemimpin yang terbaik. Di dalam PAS ini cara berkempen ini berbeza, dia buat secara berbisik-bisik, dalam motokar (kereta), ketika ada kenduri, di kedai-kedai kopi... jadi jangan ada yang terpengaruh kerana pandai bercakap, diberi sesuatu,” kata beliau sambil menegaskan, kesemua calon bagi kerusi timbalan presiden dan naib presiden mempunyai keseimbangan dari segi kekuatan masing-masing.
Mengenai nasihat kepada perwakilan, Abu Kassim berkata, perwakilan perlu memilih timbalan presiden dan naib-naib presiden, malah penyandang jawatan-jawatan lain tanpa dipengaruhi oleh elemen emosi.
Pemilihan juga membabitkan Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.
Sambil menekankan bahawa kesemua calon yang menawarkan diri bertanding atas prinsip kepentingan jemaah dan bukannya kepentingan peribadi, Abdu Kassim menambah, “kalau nak cari kelemahan seseorang calon, memang boleh dipungut (boleh dicari)... jadi bagi saya dari segi kebolehan, saya melihat tiada masalah.”
“Nak kata Nasharudin (timbalan presiden) ada kelemahan, ada kekurangan... tetapi dia juga telah menjalankan tugas dengan baik. Jadi nak cari kelemahan orang pegang jawatan ini boleh, sebab dia (pesaing) belum pegang jawatan lagi,” katanya lagi.
Tiga orang bersaing bagi jawatan timbalan presiden iaitu Nasharudin Mat Isa mempertahankan jawatannya dan beliau disaingi oleh Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mohamad mencuba kali kedua manakala Tuan Ibrahim buat kali pertama.
Enam orang bertanding jawatan naib presiden berbanding lima calon dua tahun lalu. Mereka ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang masing-masing merupakan penyandang, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Ditanya mengenai ciri seorang timbalan presiden yang diperlukan kali ini, Abu Kassim berkata, PAS memerlukan penyandang jawatan yang dapat menyediakan sebuah pasukan yang boleh membantu Hadi, selaku presiden, untuk menghadpai pilihan raya umum ke-13.
“Penyandang mestilah seorang yang dapat membantu presiden menyediakan pasukan yang boleh menghadapi pilihan raya umum, dalam beberapa bulan ini dia mampu membantu presiden menghadapi pilihan raya... pilihan raya tak tahu bila mahu diadakan, tetapi orang kata dekat, jadi ada beberapa bulan sahaja lagi,” katanya.
Malah kata beliau, PAS memerlukan kepimpinan yang dapat memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.
Katanya, Umno-BN akan terus menyerang bagi memastikan PAS dilaga-lagakan dengan DAP dan PKR, yang merupakan anggota komponen Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, Abu Kassim menambah, penyokong Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa untuk memerintah negara ini ketiga-tiga komponen ini perlu sedar bahawa mereka tidak boleh mencapai matlamat itu dengan bertanding atau bergerak secara berasingan. “PAS, kalau hendak memerintah secara berasingan pun, hanya boleh tiga negeri sahaja, begitu juga DAP tiga negeri, dan kalau PKR pun tiga empat negeri.
“Jadi, kita perlukan pemimpin yang boleh memperkukukuhkan kedudukan PAS dan membantu presiden dalam hal ini,” kata beliau sambil menambah, PAS juga memerlukan seseorang pemimpin yang kena yakin pada Islam.
Katanya, jika seseorang itu tidak berlatarbelakangan pendidikan Islam pun tiada masalah, asalkan mereka sanggup belajar dan yakin pada PAS dan Islam.MI

Sunday, May 29, 2011

Boleh Minum Beer Kandungan Alkohol 0.01 peratus?-Jamil Khir


PADANG SERAI — Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.
"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam. — Bernama

Saturday, May 28, 2011

Umno Takut Jadi Pembangkang

Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

NONEMenurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.

“Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.

“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.

NONEBeliau mengulas laporan Bernamasemalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.

“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.

NONE“Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”.

Friday, May 27, 2011

Bil Elektrik Naik Lagi!!!!!

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.


NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.



Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.


“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.



Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.



Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. MK



Perwakilan Pas Perlu Pilih Pimpinan Kelantan Ke Pusat-Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran pusat parti itu bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
Justeru, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menyokong penuh dua Exco Kerajaan Negeri bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan akhir minggu depan.
Dua exco itu ialah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Selain dua wakil rakyat itu, seorang lagi yang bertanding kerusi naib presiden kali ini ialah Salahuddin Ayub.
Salahuddin yang mahu mempertahankan jawatannya merupakan ahli Parlimen dari Kelantan, tetapi berasal dari Johor.
“Kelantan ada kerajaan PAS. Oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh dibawa ke pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas,” kata Nik Aziz (gambar) dipetik Sinar Harian hari ini.
Bagaimanapun, Nik Aziz memberitahu jika terpilih beliau menasihatkan pemimpin berkenaan perlu bijak membahagikan masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan.
“Tidak ada masalah walaupun dua orang... (tetapi) jangan jejas mesyuarat Kelantan, masa mesyuarat Exco ada, nak atur macam mana terpulang, jangan bertembung.
“Macam pengalaman sebelum ini, Datuk Halim Abdul Rahman (bekas timbalan menteri besar) yang dilantik (ke) Dewan Harian, banyak dia tak dapat hadir,” kata beliau dalam laporan itu.
Menyentuh mengenai pertandingan peringkat timbalan presiden, Nik Aziz memilih untuk berkecuali dan menyerah kepada perwakilan walaupun spekulasi mengatakan beliau menyokong naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Itu saya tidak boleh komen, kebetulan Tuan Ibrahim anak saudara saya. Kalau saya sokong pun, saya tidak boleh sebut,” katanya lagi.
Awal minggu ini, Tuan Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden, kerusi yang hendak dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga memutuskan untuk bersaing di peringkat timbalan presiden.
Dalam pada itu, jawatan naib presiden PAS bakal menyaksikan pertarungan melibatkan enam penjuru termasuk tiga daripadanya wakil rakyat dari Kelantan.
Selain Husam, Mohd Amar dan Salahuddin turut akan bertanding ialah Datuk Mahfuz Omar, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan Idris Ahmad.MI

PKR Siap Sedia,Jentera Parti Diaktifkan-Untuk PRU 13

Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.

Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang.

NONENaib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini.

“Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi,” katanya ketika dihubungi.

Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka.

“Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri,” katanya yang ahli parlimen Batu itu.

NONESeorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'.

“Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan.

“Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini,” katanya.

Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri.

anwar ibrahim at ampang ceramah may 2011 3Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara. 

Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu.

“Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la,” kata sumber itu.MK

Nizar Sah Tanding Naib Presiden

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menamatkan teka-teki dengan menjadi orang terakhir mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS kali ini.

Pihaknya telah menghantar surat pengesahan ke Pejabat Agung PAS sebentar tadi, lapor Harakahdaily.

Dianggap sebagai 'selebriti' PAS, Mohamad Nizar dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam.

NONEBeliau akan menghadapi pertembungan enam penjuru dengan dua penyandang sekarang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah; dan Idris Ahmad.

Manakala Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli yang sebelum ini mahu bertanding membuat 'pusingan u' beberapa jam sebelum tutup waktu akhir pengesahan pada jam 5 petang ini.

Bintang baru PAS itu mula menyinar selepas dilantik memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak susulan kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum 2008.

Antara 3 calon pilihan


Sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya, tetapi selepas bergelut mempertahankan 'maruah' kerajaan Pakatan Rakyat daripada dirampas, menyebabkan karismanya semakin menyerlah.

Walaupun kerajaan Pakatan yang dipimpinya runtuh selepas 11 bulan, beliau masih berjaya mengekalkan momentum pembangkang apabila menang dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang pada April 2009.

azlanTidak terhenti di situ, beliau kemudiannya menang dengan undi terbanyak dalam pemilihan parti dua bulan kemudiannya selepas bergelar ahli parlimen.

Sehubungan itu, pemerhati politik melihat beliau merupakan salah seorang calon pilihan untuk mengisi kekosongan satu daripada tiga kerusi naib presiden.

Sementara itu, dua lagi calon tumpuan dalam persaingan itu adalah exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan naib presiden sekarang Salahudin Ayub.

Husam sebelum ini pernah menyandang jawatan itu. Beliau merupakan bekas setiausaha politik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dianggap anak emas mursyidul am PAS itu.

Lebih mudah pilih


Manakala Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian antara pemimpin kanan PAS yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab besar mengetuai pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dan DUN Tenang sebelum ini.

azlanPemerhati politik juga menyifatkan tentangan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz juga tidak kurang hebatnya khusus perjuangannya membantah saman ekor melalui kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Bagaimanapun ketika mengumumkan pendiriannya bertanding naib presiden, beliau mengakui 'agak sulit untuk mendapat tempat' kerana kemampuan dan kebolehan calon lain.

Mohd Amar dan Idris pula dilihat sebagai calon yang boleh mengisi 'kuota ulama' bagi menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Disebabnya hanya enam -- daripada 14 yang layak -- menyahut pencalonan kawasan, ia lebih memudahkan sejumlah 1,100 perwakilan membuat pilihan.MK

Thursday, May 26, 2011

Pemimpin Syiah Malaysia Buat Laporan Polis

Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz melaporkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahannya dan tiga pengikut ajaran itu ketika meraikan ulangtahun kelahiran puteri Rasulullah Fatimah Az-Zahrah kelmarin.

Menurut Mohd Kamil Zuhairi, laporan itu dibuat bagi mempertahankan haknya sebagai rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

NONEPeruntukan itu menyatakan, setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

Mohd Kamil Zuhairi (kiri) membuat laporan itu di balai polis Gombak kira-kira jam 4 petang semalam.

Ekoran tangkapan di laman depan markaznya Sri Gombak kelmarin, beliau dan tiga lagi -- Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin -- disiasat mengikut peruntukan seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Peruntukan itu menyebut mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa adalah melakukan kesalahan.

NONEKetua penguatkuasa JAIS Mohd Rais Rasid (kanan) ketika dihubungiMalaysiakinimemberitahu kes itu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 7 Jun ini.

Dalam laporannya itu, beliau mempertikan tindakan jabatan itu kerana program yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat itu sudah lima kali dianjurkan tanpa sebarang masalah sebelum ini. 

"Ia juga dihadiri ketua-ketua parti Umno dan parti-parti politik yang lain. Malah tahun ini wakil-wakil ketua agama dari agama lain turut hadir," laporan polis itu dipetik.

Menurutnya lagi, pihaknya juga mendapat kelulusan memasang khemah daripada Majlis Perbandaran Selayang serta mendapat bantuan petugas Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang diperaku oleh pihak polis.

Program anjuran komuniti itu bukanlah ceramah dan tidak mempunyai agenda mengembangkan ajaran Syiah, tambahnya lagi.MK

Wednesday, May 25, 2011

Tentang Syiah-Untuk Orang Syiah Atau Baru Nak Jadi Syiah Di Malaysia

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Part 6

Part 7

Part 8

Part 9

Part 10

Part 11

Part 12

Part 13

Part 14

Part 15

Part 16

Part 17

Part 18

Part 19

Part 20

Part 21 Akhir

Tuesday, May 24, 2011

Tirai Besi Menunggu Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.

Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian.

NONEKetika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar 
kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."

Jauh di sudut hatinya, Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih mengandung persoalan.

Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya?

Apakah pula yang akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil alih parti itu dalam ketiadaannya?

Beliau memberikan beberapa kata nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai parti KITA.

Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan:

Malaysiakini: PKR terus diserang berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang betul?

DSAI: Anda tahulah ada suara-suara liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga yang perlu dibayar.

Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal, tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada peti undi yang hilang.

Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh terima.

Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti.

DSAI:
 Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan datang?


DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan bertanding.

Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali ke penjara?

DSAI: Ya. Mungkin tidak... Tidak ada sebab (untuk didapati bersalah).

Malaysiakini: Datuk Seri pasti?

DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh? Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat keputusan seperti itu?

Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang ini.

Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik.

Malaysiakini: Datuk Seri bersedia sekiranya kembali dipenjarakan?
DSAI: Saya telah melalui yang terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke penjara).

Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat bukan?


DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya). Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen dan anda terpengaruh.

Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak mahu.

Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh mengambil alih?


DSAI: Tiada siapa yang kekal. Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi Tuhan, anda perlu tahu.

Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti. Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja daripada sistem.

Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa disukai dalam parti.


DSAI: Ya.

Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk perbaiki imejnya.

DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya, orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan semua itu.

Malaysiakini: Jadi dia juga perlu dipenjara?


DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?'

Jadi Azmin perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau kelemahannya.

Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya bila orang mula buat bandingan.

Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa kenyataannya.

Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia dulu [Ketawa]

Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang baik?


DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar... Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan.MK

Monday, May 23, 2011

Tian Chua Hilang Status MP


KUALA LUMPUR, 23 Mei – Status Chua Tian Chang atau “Tian Chua” sebagai Ahli Parlimen Batu kekal tidak jelas selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuannya berhubung hukuman yang dikenakan atas tuduhan menggigit seorang anggota polis.
Naib Presiden PKR itu (gambar)memberitahu The Malaysian Insider bahawa mahkamah menolak rayuan ekoran bantahan timbalan pendakwa raya bahawa ia difailkan selepas tempoh 14 hari yang dibenarkan oleh undang-undang.
“Jadi hukuman tidak dicabar dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan status saya tidak berubah,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.
Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.
Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.
Karpal berkata mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Video Seks-Turki Tiru Malaysia Pulak!!!!!!


Skandal video seks di Turki

Tayyip Erdogan


ISTANBUL 22 Mei - Enam pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), semalam meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, sekali gus dijangka mempengaruhi keputusan pilihan raya umum negara ini pada 12 Jun ini.
Media Turki melaporkan, pemimpin kanan pembangkang itu dipaparkan dalam keadaan memalukan dalam rakaman video lucah itu, yang disiarkan melalui Internet.
Awal bulan ini empat yang lain yang juga merupakan pemimpin kanan parti itu telah meletakkan jawatan ekoran rakaman video hampir sama iaitu beberapa orang daripada mereka dipaparkan sedang mengadakan hubungan seks, dipercayai di sebuah rumah yang digunakan oleh anggota parti untuk mengadakan hubungan sulit.
Gelombong kedua peletakan jawatan pemimpin-pemimpin MHP itu mungkin memberi kelebihan kepada Perdana Menteri, Tayyip Erdogan yang memimpin Parti AK yang dijangka mengekalkan kuasa buat penggal ketiga dalam pilihan raya umum pada Jun ini.
Ketika ini, tinjauan pendapat meletakkan sokongan terhadap parti Tayyip berada sekitar 45 peratus.
Ekoran skandal itu, sokongan terhadap MHP juga dijangka merosot.
MHP dijangka tidak dapat meraih sokongan melebihi 10 peratus yang diperlukan bagi mengekalkan mereka dalam Parlimen, ekoran skandal tersebut.
Sokongan terhadap MHP ketika ini berada pada sekitar 10 hingga 15 peratus, kata tinjauan pendapat.
MHP ketika ini menguasai 70 daripada 550 kerusi di Parlimen Turki.
Antara mereka yang meletkkan jawatan ialah Timbalan Pengerusi MHP, Osman Cakir, Umit Safak dan Mehmet Ekici, serta Setiausaha Agung, Cihan Pacaci dan timbalannya Mehmet Taytak.
Mereka meletakkan jawatan sebagai anggota parti dan juga menarik diri daripada dicalonkan bertanding sebagai calon Parlimen mewakili parti itu.
Seorang lagi timbalan pengerusi MHP, Deniz Bolukbasi kemudian turut meletakkan jawatan.
"Saya telah meletakkan jawatan bagi mengelakkan konspirasi ini dan tuduhan palsu ini mengugat MHP pada pilihan raya akan datang,'' kata Bolukbasi dalam satu kenyataan.
Stesen televisyen CNN Turki melaporkan, pihak berkuasa telekomunikasi telah melancarkan siasatan berhubung video tersebut. - AP/Reuters

Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh: Senarai nama mangsa




KUALA LUMPUR, 22 Mei — Berikut adalah senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat Kajang semalam.
Sehingga awal pagi ini 16 mangsa disahkan maut.
Mangsa meninggal dunia
1. Mohd Kamarul Amizan, 11
2. Nurahimi Rosdi, 14
3. Dzahir Haziq M. Muin, 11
4. Ahmad Lokman Hakim, 11
5. Farid Ibrahim, 34
6. Mohd Azrel Azahari, 8
7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19
8. Zahid Assawal Zamri, 19
9. Mohd Mustakim Mamat, 12
10. Mohd Naerzein M. Nor, 8
11. Mohd Aiman Abdullah, 10
12. Shahrul Nurimran Adnan, 9
13. Mohd Zaim Azahawi, 14
14. Mohd Imal Fahad, 9
15. Mohd Riezman Ab Latif, 9
16. Mohd Hazim Sapri, 10
Mangsa dirawat di Hospital Ampang
1. Aizat Khusuiri, 12
2. M. Allaudin Sobri, 14
3. M. Syatiq Ibrahim, 21
4. Khairul Anuar Nasri, 9
5. M. Harris Izuddin Sharul, 11
6. Zulkhairi Aminuddin,
7. Izzuddin Abdullah
8. Izuan Zakaria, 33
Mangsa dirawat di KPJ Kajang
1. Mohd Akmal Mohd Jefri, 10
 MI