Pages

Friday, March 18, 2011

Situasi Nuklear di Jepun kekal serius-PM

TOKYO, 18 Mac — Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata kerajaannya telah mengeluarkan kesemua maklumat berkaitan dengan bencana berganda ke atas di kompleks Fukushima Daiichi yang turut mengakibatkan negara itu berhadapan dengan krisis nuklear.
“Kami jujur mengatakan situasi kemalangan loji nuklear masih kekal sangat serius,” kata beliau dalam ucapannya kepada rakyat negara itu menandakan minggu pertama sejak gempa bumi dan tsunami melanda wilayah timur laut Jepun.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa Yukiya Amano berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan mesyuarat luar biasa mengenai loji tenaga nuklear Jepun, Isnin ini.
Amano mengumumkan rancangan itu pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, bekalan elektrik ke reaktor No 4 loji tersebut boleh dipulihkan pagi esok, kata operatornya Tokyo Electric Power Co.
Awal hari ini, agensi keselamatan nuklear Jepun berkata tenaga elektrik kepada reaktor No.1 dan No.2 juga akan pulih pagi esok.
Bekalan elektrik diperlukan untuk mengawal peningkatan suhu dan sekali gus mengelakkan kebocoran radiasi bertambah buruk. — Reuters

No comments: