Pages

Friday, March 11, 2011

Gempa bumi 8.9 skala Richter di Jepun -Tsunami 13 kaki


06:57 GMT 11 Mar 2011
TV NHK Jepun menyiarkan senario banjir melanda banyak lokasi di sepanjang pantai Jepun, dengan puluhan kereta, kapal dan bahkan bangunan yang dihanyutkan air. Sebuah kapal besar dihanyut oleh tsunami melanggar benteng pemecah ombak di bandar Kesennuma di Wilayah Miyagi, menurut rakaman NHK.

Pihak berkuasa cuba untuk menganggarkan kerosakan akibat gempa tetapi tidak memiliki butiran terkini.

Gempa yang melanda 02:46 diikuti oleh siri gempa susulan, termasuk satu gegaran 7.4 skala richter berlaku 30 minit kemudian. Bacaan US Geological Survey menunjukkan kekuatan gempa bumi pertama adalah 8.9 skala richter.

Badan meteorologi mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik seluruh Jepun. TV NHK memberi peringatan orang ramai yang berada di pantai supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata amaran tsunami dikeluarakan untuk Jepun, Rusia, Marcus Island dan Marianas Utara. Amaran bejaga-jaga telah dikeluarkan untuk Guam, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii.

No comments: