Pages

Tuesday, February 8, 2011

Tarikh Mubarak hampir 'luput'


Kebangkitan Mesir rakyat tak mampu disekat oleh kerajaan autokrasi  yang dipimpin oleh Mubarak.Berdasarkan apa yang berlaku Tunisia penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan tidak dapat menghalang rakyat untuk bangun mengadakan demontrasi mendesak Presiden Zainel-ebiden meletak jawatan dan mereka berjaya.Walaupun korban penunjuk perasaan di Mesir mencecah 300 orang seperti apa yang dilaporkan, penunjuk perasaan berikrar akan meneruskan demontrasi sehingga Mubarak berundur.Hasil pertemuan yang dibuat oleh Naib Presiden Omar Suleiman dengan parti pembangkang tidak menghasilkan keputusan signifikan,buat pertama kali dalam masa lima puluh tahun Ikhwan Muslimin dijemput bersama dalam pertemuan itu walaupun pertubuhan tersebut masih diharamkan.Ini menunjuk satu tindakan lunak pertama regim Mubarak terhadap pergerakan Islam yang paling lama dan berpengaruh di Mesir.Rata-rata negeri umat Islam sebelum dan selepas merdeka rakyat Islamnya terbahagi kepada dua golongan iaitu Nasionalis dan Islamist,golongan Nasionalis mengekalkan hampir semua agenda yang ditinggalkan penjajah dengan kata lain 'mesra barat' manakala golongan Islamis berusaha untuk mengembalikan pemerintahan Islam yang syumul.Mubarak dengan alasan yang rapuh jika beliau meletak jawatan secara mengejut boleh menyebabkan haru-hara berterusan di Mesir.Sebenarnya beliau dan Barat sedang mengkaji dan meneliti kecenderungan para penunjuk perasaan yang mahu kepada perubahan yang lebih demokratik atau yang lebih islamik,barat dan Israel seboleh-bolehnya tidak mahu peralihan kuasa negara umat Islam yang paling padat penduduknya itu jatuh ketangan golongan Islamis, Barat dan Israeal dengan apa cara sekali pun memastikan pengganti Mubarak nanti tidak anti-semitik dan agenda tersembunyi  atas nama kebebasan,hak asasi dan ketamadunan ini untuk semua negara umat Islam.Inilah agenda sebenar Zionis yang tak akan berhenti sehingga kiamat.-darikakigunugjerai.blogspot.com

No comments: