Pages

Monday, February 21, 2011

Portfolio Khas-Guan Eng hentam BN



Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 21 Feb — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas Barisan Nasional (BN) yang bersifat hipokrit dan bermain api perkauman berhubung usaha kerajaan negerinya mengadakan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam. Dengan merujuk kepada portfolio yang serupa, yang diwujudkan oleh kerajaan negeri BN Perak, Lim menyifatkan kebisuan pemimpin BN terhadap kerajaan Perak yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai satu sikap talam dua muka hipokrit.
“Negeri Perak wujudkan portfolio bukan Islam yang sama dan diteruskan oleh Menteri Besar Zambry, mengapa Umno tidak mengutuk Zambry? Barisan Nasional talam dua muka bermain dengan api,” kata Lim dalam mesej Twitternya, yang dipetik Harakahdaily.

"Portfolio bukan Islam tidak mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. BN bermain api dengan membantah, seolah-olah bukan Islam tiada hak untuk bincangan isu-isu sendiri," kata dalam satu lagi mesej Twitter.
Di Perak, Zambry masih meneruskan portfolio untuk bukan Islam yang diwujudkan oleh bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum rampasan kuasa BN pada Februari 2009 dengan memberikan tanggungjawab tersebut kepada Mah Hang Soon dari MCA.
Sejak pengumuman penubuhan portfolio bukan Islam, Lim dan kerajaan Pulau Pinang diserang tanpa henti oleh para pemimpin BN, termasuk bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menganggap portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam hanya untuk mencari publisiti.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia seperti biasa memainkan peranannya dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dengan mendakwa bahawa portfolio bukan Islam tersebut bakal dijadikan alat oleh DAP untuk mengancam kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
“Portfolio bukan Islam Penang tidak menyoal kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Barisan Nasional sedang bermain api dengan pembantahan seolah-olah orang bukan Islam tidak mempunyak hak untuk menyelesaikan masalah sendiri,” tegas Guan Eng dalam menjawab tuduhan tersebut. MI

No comments: