Pages

Thursday, February 24, 2011

Penunjuk perasaan nak tangkap Gaddafi


TRIPOLI, 24 Feb — Pihak berkuasa Libya menggesa penunjuk perasaan menyerahkan senjata sambil menawarkan mereka ganjaran jika memberi maklumat mengenai ketua-ketua demonstrasi sementara pembangkang pula merancang untuk membebaskan Tripoli dan “menangkap” Muammar Gaddafi.
Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan ke atas penunjuk perasaan antikerajaan dan pertempuran kini merebak ke Tripoli, ibu negara Libya, selepas tercetus di sebelah timur minggu lalu.....
.
Muammar tidak memberikan sebarang bayangan akan berundur selepas menerajui negara itu lebih empat dekad.
“Sesiapa yang menyerahkan senjata dan rasa kesal (dengan tindakan mereka) akan dikecualikan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
“Jawatankuasa meminta agar kesemua rakyat bekerjasama dan memaklumkan pihak yang memimpin golongan muda (mengadakan demonstrasi) atau membekalkan wang, peralatan,” kata kenyataan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselamatan Am Rakyat Libya menerusi stesen Libya TV.
Dipetik laporan msnbc, jawatankuasa itu juga berkata, mereka yang bekerjasama akan diberikan wang.
“Ganjaran kewangan yang lumayan akan diberikan kepada seiapa yang menyumbang atau memberi maklumat tentang mereka,” kata kenyataan yang dibacakan oleh pegawai tentera Libya, yang siarannya dipantau di Kaherah.
Sementara itu, laporan Reuters pula berkata, kumpulan militia antikerajaan kini menguasai bandar Zuara, kira-kira 120 kilometer ke barat Tripoli.
Pekerja-pekerja Mesir yang menyeberang ke Tunisia memberitahu Reuters hari ini bahawa tiada tanda-tanda polis atau tentera mengawal bandar itu, sebaliknya dikuasai oleh “jawatankuasa popular” dengan senjata automatik.
“Rakyat kini mengawal (bandar Zuara),” kata pekerja-pekerja itu, yang bekerja di tapak pembinaan sebelum memutuskan untuk meninggalkan kawasan tersebut.
Pasukan tentera yang setia kepada Muammar juga hilang kawalan ke atas wilayah timur Cyrenaica minggu lalu dan ada tanda-tanda mereka hilang penguasaan di beberapa wilayah di sebelah barat. MI

No comments: