Pages

Monday, February 28, 2011

Bob lokman kempen di Kerdau

Tak kata Ikhwan Muslimin pengganas-Najib lidah bercabang

Umno punca segala-galanya-Zairil Khir



SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

“Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.

“DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.

“Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya.SH

Sunday, February 27, 2011

Ambil alih semua masjid di Kerdau-Jabatan Agama

45% undi melayu untuk menang

JASIN, 27 Feb — PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan.
“Saya harus akui bahawa kita tidak mempunyai peluang untuk menang tapi kita yakin dengan strategi di sini kita boleh mendapatkan 61 peratus undi,” katanya pada sidang media Markas PAS di sini.
Halim berkata PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India.
Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.
DUN Merlimau yang mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, meliputi tujuh daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 6,935 orang (64.9 peratus), Cina 2,218 orang (20.8 peratus), India 1,510 orang (14.1 peratus) dan lain-lain 16 orang (0.2 peratus).....

Saturday, February 26, 2011

Calon Pas Yakin rampas Dun Kerdau

TEMERLOH, 26 Feb – Calon PAS, Hassanuddin Salim, percaya pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini akan memberikannya peluang untuk memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 6 Mac ini.
Ketua Penerangan PAS Pahang itu berkata untuk meraih lebih banyak sokongan pengundi khususnya di kawasan Felda, beliau bersama jentera parti pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan berusaha keras bagi menawan hati semua pengundi.
“Saya optimis Pakatan Rakyat mampu menang dalam pilihan raya kecil ini,” katanya ringkas kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, di sini, hari ini.
Hassanuddin, 43, yang memakai baju Melayu diiringi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.
Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Hassanuddin dengan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN, meninggal dunia pada 12 Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi. – Benama

Thursday, February 24, 2011

Sekolah Cina tolak Utusan Malaysia

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

utusan mahathir malay losing power 240910Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Penunjuk perasaan nak tangkap Gaddafi


TRIPOLI, 24 Feb — Pihak berkuasa Libya menggesa penunjuk perasaan menyerahkan senjata sambil menawarkan mereka ganjaran jika memberi maklumat mengenai ketua-ketua demonstrasi sementara pembangkang pula merancang untuk membebaskan Tripoli dan “menangkap” Muammar Gaddafi.
Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan ke atas penunjuk perasaan antikerajaan dan pertempuran kini merebak ke Tripoli, ibu negara Libya, selepas tercetus di sebelah timur minggu lalu.....

Wednesday, February 23, 2011

Kapal perang Iran menggunakan terusan Suez buat kali pertama sejak 1979


Dua buah kapal perang Iran belayar melalui terusan Suez pada selasa lepas buat kali pertama sejak tahun 1979 menghala ke perairan Syria kata pihak berkuasa terusan Suez.
Penganlisa politik bekata ia adalah satu tindakan provokatif Iran terhadap Israel....sumber

Monday, February 21, 2011

Kesuburan lelaki ditentukan oleh tulang


Suatu penemuan terbaru para penyelidik dari Colombia Universiti mendapati kesuburan seseorang lelaki ditentukan oleh rangka mereka.Ujian dilakukan dengan suntikan hormon osteocalcin ke dalam tulang seekor tikus jantan.
Penyelidikan yang diketui oleh Gerard Karsenty yang PhD dalam Genetik dan perkembangan....sumber

Portfolio Khas-Guan Eng hentam BN



Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 21 Feb — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas Barisan Nasional (BN) yang bersifat hipokrit dan bermain api perkauman berhubung usaha kerajaan negerinya mengadakan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam. Dengan merujuk kepada portfolio yang serupa, yang diwujudkan oleh kerajaan negeri BN Perak, Lim menyifatkan kebisuan pemimpin BN terhadap kerajaan Perak yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai satu sikap talam dua muka hipokrit.
“Negeri Perak wujudkan portfolio bukan Islam yang sama dan diteruskan oleh Menteri Besar Zambry, mengapa Umno tidak mengutuk Zambry? Barisan Nasional talam dua muka bermain dengan api,” kata Lim dalam mesej Twitternya, yang dipetik Harakahdaily.

BN mengadai segalanya untuk kepentingan politik


Saturday, February 19, 2011

Amerika buat rundingan terus dengan Taliban

Setiausaha Negara Hillary Clinton

Presiden Amerika Barak Obama melakukan rundingan secara terus dengan pemimpin tertinggi Taliban bagi menamatkan perang yang selama ini menelan belanja ribuan juta dolar setahun.kata majalah New Yorker-Jumaat lepas.
Rundinagan itu juga menurut majalah tersebut sebagai satu usaha Obama untuk menilai pemimpin-pemimpin yang  berpotensi untuk mengadakan  rundingan damai secara rasmi di Afganistan.....sumber

Friday, February 18, 2011

Masjid Terbesar akan dibina di negara banyak berhala


Sebuah masjid terbesar bahkan lebih besar dari Masjid Jama di New Delhi akan dibangunkan dipinggir bandar Kozhikode, Kerala
India.Berkeluasan 25000 kaki persegi.Dari segi keluasan mengatasi keluasan Tajmahal yang dibina oleh Shah Jahan pada abad ke 17.sumber

3 menteri kena tangkap

Habib El-Adly
Ahmed El-Magharbi
Zuheir Garana

Kaherah -Pihak berkuasa Mesir menahan tiga  mantan menteri masing-masing bekas menteri dalam negeri, pelancongan dan perumahan dan juga menangkap seorang pegawai tinggi  parti yang berkuasa sebelum ini atas tuduhan rasuah, maklumat agensi berita resmi Mesir, MENA,sumber.






Wednesday, February 16, 2011

Tentera Mesir-Israel masih bersekongkol

Wakil Al Ikhwan al Muslimin Mesir di England, Mohammad Ghanim mengatakan, tentera Mesir masih ada hubungan dengan  Zionis Israel. 

Mohammad Ghanim dalam wawancaranya dengan Press TV  berkata,
 meski Hosni Mubarak telah berundur, namun hingga kini yang berkuasa di Mesir masih lagi diketuai pegawai tentera yang dilatih Israel.sumber

Tuesday, February 15, 2011

Lim cabar Mahathir


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Sambil mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk menjadi “mangsa amnesia” tiga tahun lalu, Lim Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar “berusaha keras” untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan “mengejutkan” dengan pembangkang sebelum Operasi Lalang 1987.

Pesta gay di Bahrain


MANAMA, BAHRAIN — Pihak berkuasa Bahrain menangkap sekitar 200 lelaki ketika mereka mengadakan pesta gay di negara pulau di Teluk Arab itu.
Seorang kakitangan Kementerian Dalam Negeri yang tidak mau namanya disebut  mengatakan, sekumpulanlelaki itu ditangkap pada Khamis lalu atas perbuatan melanggar tatasusila.
Beberapa laporan media minggu lepas  menyebutkan, pihak polis....sumber

Saturday, February 12, 2011

Kemenangan rakyat pusingan PERTAMA!!!- di Mesir

                                                                  expire date:11 FEB 2011


Setelah 30 tahun memerintah Mesir akhirnya Presiden Hosni Mubarak terpaksa tunduk dengan tekanan penunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 yang mendesak beliau meletak jawatan,sebenarnya penunjuk perasaan mahukan seluruh regimnya berundur, para penunjuk perasaan menyambut kemenangan pusingan pertama mereka. Sukar diramal apa yang akan berlaku selepas ini apabila tentera mengambilalih kuasa.


Apakah ini petanda bermulanya era Ikhwanul Muslimin atau ada percaturan tersembunyi oleh Amerika yang didalangi Zionis?
Setakat pimpinan Ikwan tidak menunjuk kesungguhan mereka untuk terlibat secara langsung dalam peralihan kuasa
Bagi kita umat Islam yang ingin melihat Islam kembali gemilang, pastinya mengharapkan sebuah gerakan Islam mengambil alih tampuk pemerintahan disetiap negara umat Islam.-darikakigunungjerai.blogspot.com

Friday, February 11, 2011

Amerika akan serang Mesir?

Dengan menambah bilangan tentera marin dan kapal perang di Semenanjung Sinai yang bersempadan dengan Israel dan juga persisiran pantai utara Mesir dengan alasan untuk memindahkan semua rakyatnya jika berlaku sesuatu.Mesir selama ini telah memberi layanan amat baik kepada Amerika dan barat terutama Israel.Mubarak adalah seorang figure yang boleh dipercayai oleh Barat.Kebimbangan Amerika terhadap peralihan kuasa di Mesir menjurus kepada peralihan  kerajaan yang tidak 'mesra barat'.sumber

Tuesday, February 8, 2011

Peningkatan mendadak pengundi baru-SPR


KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pendaftaran pemilih baru pada suku terakhir 2010, melibatkan bulan Oktober hingga Disember, meningkat secara ketara sehingga mencecah 300,000 orang – dilihat dipengaruhi ‘demam’ spekulasi pilihan raya umum dan gerakan pendaftaran secara agresif oleh parti-parti politik.
Perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu berbanding 246,962 orang antara Julai dan September lalu................

Tarikh Mubarak hampir 'luput'


Kebangkitan Mesir rakyat tak mampu disekat oleh kerajaan autokrasi  yang dipimpin oleh Mubarak.Berdasarkan apa yang berlaku Tunisia penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan tidak dapat menghalang rakyat untuk bangun mengadakan demontrasi mendesak Presiden Zainel-ebiden meletak jawatan dan mereka berjaya.Walaupun korban penunjuk perasaan di Mesir mencecah 300 orang seperti apa yang dilaporkan, penunjuk perasaan berikrar akan meneruskan demontrasi sehingga Mubarak berundur.Hasil pertemuan yang dibuat oleh Naib Presiden Omar Suleiman dengan parti pembangkang tidak menghasilkan keputusan signifikan,buat pertama kali dalam masa lima puluh tahun Ikhwan Muslimin dijemput bersama dalam pertemuan itu walaupun pertubuhan tersebut masih diharamkan.Ini menunjuk satu tindakan lunak pertama regim Mubarak terhadap pergerakan Islam yang paling lama dan berpengaruh di Mesir.Rata-rata negeri umat Islam sebelum dan selepas merdeka rakyat Islamnya terbahagi kepada dua golongan iaitu Nasionalis dan Islamist,golongan Nasionalis mengekalkan hampir semua agenda yang ditinggalkan penjajah dengan kata lain 'mesra barat' manakala golongan Islamis berusaha untuk mengembalikan pemerintahan Islam yang syumul.Mubarak dengan alasan yang rapuh jika beliau meletak jawatan secara mengejut boleh menyebabkan haru-hara berterusan di Mesir.Sebenarnya beliau dan Barat sedang mengkaji dan meneliti kecenderungan para penunjuk perasaan yang mahu kepada perubahan yang lebih demokratik atau yang lebih islamik,barat dan Israel seboleh-bolehnya tidak mahu peralihan kuasa negara umat Islam yang paling padat penduduknya itu jatuh ketangan golongan Islamis, Barat dan Israeal dengan apa cara sekali pun memastikan pengganti Mubarak nanti tidak anti-semitik dan agenda tersembunyi  atas nama kebebasan,hak asasi dan ketamadunan ini untuk semua negara umat Islam.Inilah agenda sebenar Zionis yang tak akan berhenti sehingga kiamat.-darikakigunugjerai.blogspot.com

Saturday, February 5, 2011

30 tahun perintah kumpul £20 billion-kalau di Malaysia 23 tahun perintah berapa agaknya?

Kekayaan peribadinya hampir mececah £20billion pound streling - boleh buat perbandingan dengan firaun waktu dahulu,popularitinya di kalangan rakyat Mesir amat kurang meyakinkan.
Dpejabat, beliau telah berjaya mengekalkan tahap hubungan baik dikalangan kakitangan awam,sambil sentiasa menjaga hubungan baik dengan Barat dan Israel.
Rata-rata rakyat mengeluh tentang kepayahan hidup dan banyak belaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam .
Berkahwin dengan Suzanne,anak seorang jururawat dari Pontypridd, Welsh,
Mubarak juga bekas pegawai tentera Udara tidak asing dengan jawatan tinggi,terselamat daripada sekurang-kurangnya enam kali cubaan membunuh.
Dilahirkan pada tahun 1928 di desa Kahel-el-Meselha di Delta Sungai Nil,Mubarak, pada awal lagi telah berkhidmat untuk angkatan tentera, lulus dari AkademiTentera Mesir pada tahun 1949.

Friday, February 4, 2011

Jelas dah!!!!!!!! Amerika penentu Jatuh Bangun Pemimpin Dunia


Amerika paksa Mubarak letak jawatan
WASHINGTON, 4 Feb — Pentadbiran Obama telah memulakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Mesir berhubung satu pelan membolehkan Presiden Hosni Mubarak berundur segera — bukannya pada September ini — dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada kerajaan peralihan diketuai naib presiden Omar Suleiman dengan sokongan pihak tentera.
Laporan The New York Times hari ini memetik pegawai-pegawai pentadbiran Mesir dan diplomat Arab berkata, meskipun Mubarak masih menunjukkan keberatan untuk berundur sekarang, pegawai-pegawai kerajaan sudah pun meneruskan perbincangan mengenai peralihan kuasa.
Ia disertai oleh Suleiman dengan disokong Ketua Angkatan Tentera Mesir Lt-Jen Sami Enan dan Fil Marsyal Mohamed Tantawi dan menteri pertahanan — memulakan langkah segera untuk mengadakan reformasi perlembagaan.
Pelan cadangan itu, termasuk perbincangan mengenai memperbaiki sistem pilihan raya bagi mengadakan pilihan raya bebas dan adil September ini, mahukan penyertaan pelbagai kumpulan politik termasuk Ikhwanul Muslimin.
Semalam, Suleiman telah mempelawa kumpulan Islam berusia lapan dekad itu supaya mengadakan perbincangan dengan kerajaan.
Pegawai-pegawai kanan pentadbiran berkata, cadangan itu antara beberapa opsyen yang dibincangkan dengan pegawai-pegawai kanan Mubarak dalam usaha memujuk beliau berundur segera.
Hasil perbincangan itu bergantung pada beberapa faktor, antaranya protokol perlembagaan Mesir sendiri dan juga perasaan penunjuk perasaan yang terlibat dalam kebangkitan buat hari ke-11 hari ini di Kaherah dan beberapa bandar lain negara itu.
Beberapa pegawai pula mengakui tiada sebarang petunjuk sama ada Suleiman ataupun pihak tentera Mesir sudah bersedia untuk mengetepikan Mubarak, yang berkuasa sejak 1981, sama sekali dalam usaha mereka itu.
Malah pentadbiran Obama juga menghantar mesej tegas dalam siri perbincangan sulit dengan pegawai-pegawai Mesir bahawa Mubarak mesti berundur sekarang, demikian menurut pegawai-pegawai Mesir dan Amerika Syarikat.
Mubarak masih bertegas mahu kekal sebagai presiden sehingga September ini dan tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam.
Penyokong-penyokong Mubarak menolak pendirian Amerika Syarikat itu atas alasan White House mencampuri urusan Mesir.
“Apa yang mereka minta tidak boleh dilakukan,” kata seorang pegawai kanan Mesir dengan merujuk kepada perlembagaan Mesir yang tidak membolekan naib presiden memangku jawatan presiden.
Mubarak melantik naib presiden baru itu awal minggu ini di tengah kebangkitan rakyat mahukan perubahan dalam kerajaan.
Di bawah perlembagaan negara itu, speaker Parlimen sahaja boleh mengisi kekosongan yang wujud buat sementara waktu.
“Ini jawapan teknikal saya,” kata pegawai itu.
“Jawapan politik saya ialah mereka harus menjaga urusan mereka sendiri,” katanya lagi.
Tindakan Mubarak kekal dalam kuasa akan diuji lagi hari ini di mana penunjuk perasaan menyifatkannya sebagai “hari berangkat keluar” bagi presiden itu.
Mereka bercadang untuk berarak ke istana presiden hari ini.MI

VIDEO TERKINI DARI MESIR

Thursday, February 3, 2011

Polis bepakaian preman serang penunjuk perasaan Di Mesir-5 orang terbunuh

Hari tak menentu sudah bermula di Tahrir square Kaherah,Sehari sebelum itu ketua turus angkatan tentera Mesir memberi jaminan tidak akan menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan anti-Mubarak dan mereka pulang.Penunjuk perasaan pro Mubarak dipercayai polis berpakaian preman dengan lengkap berkuda dan unta telah merempuh kubu kuat penunjuk perasaan di Dataran Tahrir meyebabkan ramai tercedera dipercayai terkena bom petrol yang dilempar ke arah mereka.Pada 4 pagi waktu tempatan tembakan kedengaran,dilaporkan lima  orang penunujuk perasaan anti-Mubarak terbunuh.saksi berkata bepuluh orang cedera.sumber bbc.news

Umno fitnah kerjaan negeri-Guan Eng

Pro kerajaan bertembung dengan pakatan rakyat di Mesir



BBC NEWS melaporkan.......
From the start of the Wednesday the atmosphere was different.
Since I arrived here a week ago I have seen no significant demonstrations for President Mubarak.
But from the morning there were thousands of his supporters on Cairo's streets, mobilised presumably by the ruling party, the NDP.
The pro-Mubarak demonstrations were well organised, not spontaneous.
Numbered buses unloaded supporters. Many placards looked as if they had been made by professional sign writers.
Their opponents claim that they are paid to demonstrate.
It was the follow-up to last night's speech, when the president announced he would not stand in September's elections.
For an authoritarian leader like Hosni Mubarak, the sight of so many people in Tahrir Square calling for his removal must have been deeply humiliating.
He will have wanted to reassert his authority over his capital city - and his supporters were given the job.
President Mubarak's survival plan is to stay in office until the early autumn. He wants to leave on his own terms. That is why his government has rejected calls from his Western allies to start transferring power soon.
The army commanders seem to have agreed that it is best for him to see out his term.
As the pro-Mubarak marchers were gathering, they issued a statement calling for the people occupying the square to leave - and their soldiers made no attempt to stop President Mubarak's supporters bursting into the square.

Wednesday, February 2, 2011

Anwar pengganas sedang disiasat-Hishamuddin

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.

pkr forum 010211 anwar 04"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.

Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.MK

Mahathir nak ketuk kepala Nik Aziz & Anwar!!!!



Menjawap soalan pemberita bagaimana untuk menyatukan orang melayu,Mahathir bekata ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar yang menyebab orang melayu berpecah.
Dah tak ada idea lain nak jawap,mungkin dia takut juga kalau PR ke Putrajaya,dia pun akan KANTOI?


KUALA LUMPUR, 1 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.
“Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.
Dalam kebanyakan ucapannya sejak Mac 2008, Dr Mahathir mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga dan kuasa politik semakin mengecil dan tidak menolak kemungkinan akan menjadi macam orang Melayu Singapura.
Beliau juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan, Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum Pakatan Rakyat untuk ke arah itu.
“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang ‘opportunist’. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik.............