Pages

Wednesday, January 19, 2011

Ini parti tupperwear ke ?


 
KUALA LUMPUR, 19 Jan — Datuk Zaid Ibrahim melancarkan parti baru, Kita secara formal hari ini pada majlis mirip acara korporat dengan dihadiri oleh wakil dari pelbagai parti termasuk komponen Barisan Nasional (BN).

Antara wajah-wajah signifikan kelihatan pada majlis pelancaran yang dihadiri sekitar 500 orang ialah Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas, Ahli Parlimen PKR N. Gobalakrishnan yang baru-baru ini menerima surat tunjuk sebab, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim dan beberapa pemimpin dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dan Parti Maju Sabah (Sapp) serta jemputan negara asing.
Dalam ucapan dasarnya yang disampaikan dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris, Zaid (gambar) menggariskan janji-janji yang kelihatan ideal dan romantik bahawa Kita akan menggerakkan pembaharuan politik di Malaysia sambil mewujudkan kembali semangat merdeka yang dimimpikan Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Zaid yang sebelum ini menganggotai Umno dan PKR, kini mengetuai Kita atau nama penuhnya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, yang dijenamakan semula daripada Akim.
Beliau juga berjanji untuk menggunakan platform baru itu untuk memulihkan perpaduan nasional sedangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat hanya membawa perjuangan untuk menjatuhkan satu sama lain.
Zaid menjadi ketua Kita pertengahan bulan lalu selepas menghantar surat keluar PKR November lalu.
Akim mengadakan mesyuarat agung luar biasa pertengahan Disember, sekali gus membolehkan Zaid dilantik sebagai ketua mereka.
Ketika itu Zaid berkata, jawatan lain dan perlembagaan baru parti akan diumumkan dalam satu mesyuarat parti akan diadakan pada hari ini.
Kita mahu berperanan sebagai parti nasional dan mempunyai ahli berbilang kaum, kata Zaid.
Parti itu kini mempunyai ahli hampir 300 orang.MI

No comments: