Pages

Sunday, January 16, 2011

Husam: Putrajaya mahu celah kes royalti minyak, didengar 27 Jan

KUALA LUMPUR 16 Jan — Putrajaya telah memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak dibawa kerajaan negeri Kelantan Ogos lalu Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata permohonan itu akan didengar pada 27 Januari ini Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu menambah pentadbiran Najib seolah-olah mahu “membantu” Petronas agar tidak “keseorangan” menghadapi kes itu “Kita tidak akan berdiam diri permohonan ini akan didengar pada 27 Januari ini kerajaan pusat mahu mencelah untuk dijadikan defendan kedua ” kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan “Kita hanya namakan Petronas sebagai defendan tunggal yang mana Petronas telah menandatangani kontrak tapi kemudian pecah kontrak “Kerajaan pusat rasa Petronas keseorangan dalam kes ini dan telah pohon untuk mencelah........ Betul-betul nampak mahu beri pertolongan kepada Petronas ” kata beliau ketika bercakap pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar Bersama Blogger di sini malam tadi Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sebahagian Exco Kerajaan Negeri Kelantan Pada 30 Ogos lalu kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005 Menurut kerajaan negeri Kelantan tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan Sebelum ini Husam berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah untuk menentukannya Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

No comments: