Pages

Sunday, January 30, 2011

BN gagal capai sasaran 5000 majoriti!!!!!


LABIS, 30 Jan — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang.
Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini.
“Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Satu lagi maklumat tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 6,698 undi manakala PAS pula 2,963 yang membawa kepada perbezaan 3,707 undi.
Justeru majoriti dilihat dalam lingkungan 3,700 undi.
Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan calon PAS dengan kelebihan 2492.MI
Setelah menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk media utama tv, radio, media cetak dan kakitangan awam BN masih lagi tercari-cari fomula untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti tersebut,Pilihanraya kecil tidak boleh dijadikan kayu ukur sokongan rakyat tehadap BN.Banyak faktor lagi harus diambil kira,Yang terbukti sokongan masyarakat cina meningkat darpadai 63 peratus pada 2008 kepada 70 peratus.Pas dan PR harus membuat posmorterm mencari punca kegagalan menarik undi melayu yang menjadi talian hayat terakhir untuk UMNO.Jangan sampai DAP menganggap PAS akan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.=darikakigunungjerai.blogspot.com

No comments: